Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat

2
Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat Disusun oleh Abu Haniff $y γƒr '¯t ƒ z ⎯ƒÏ%©!$# (#θãΖt Β#u (#θãΨ‹Ïèt Gó$# Îö9¢Á9$$Î/ Íο4θn =¢Á9$#u ρ 4 ¨βÎ) ©!$# y ìt Β t ⎦⎪ÎÉ9¢Á9$# ∩⊇∈⊂∪ Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah 2:153) Wahai orang-orang yang beriman, (selain dari bersyukur kepadaKu seperti yang telah diperintahkan di dalam ayat 152 di atas, maka) mohonlah pertolongan (kepadaKu untuk memperolehi belas kasihanKu serta kebahagiaan dunia dan akhirat) dengan sabar dan solat (dijadikan sebagai alat untuk memperoleh belas kasihan dan kebahagiaan itu, sebagaimana juga yang difirmankan di dalam ayat Al-Baqarah 2:45, (#θãΖŠÏèt Fó $#u ρ Îö 9¢Á9$$Î/ Íο4θn =¢Á9$#u ρ 4 $p κ¨ΞÎ)u ρ îοu Î7s 3s 9 ωÎ) n ?t ã t ⎦⎫Ïèϱs ƒø :$# ∩⊆∈∪ yang bermaksud, “Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya ia adalah benar-benar berat kecuali ke atas orang-orang yang khusyuk”. Sesungguhnya kamu adakalanya berada di dalam kenikmatan, maka hendaklah kamu bersyukur, dan adakalanya kamu berada di dalam cubaan, maka kendaklah kamu bersabar menanggungnya. Di dalam sebuah hadis, 1 Rasulullah pernah bersabda, “Sungguh mengagumkan orang-orang mukmin itu. Tidaklah Allah mentakdirkan baginya sesuatu takdir, melainkan itu adalah sesuatu yang baik baginya. Jika ia mendapat kesenangan, maka ia bersyukur. Adalah itu lebih baik baginya. Dan jika ia dilanda kesusahan, maka ia bersabar. Adalah itu lebih baik baginya”. Sabar adalah merupakan pengakuan seseorang kepada Allah bahawa musibah yang menimpanya adalah dari Allah, dan ia menerimanya dengan penuh ketabahan kerana mengharapkan reda Allah dan pahala yang ada di sisiNya. Di dalam ayat Az-Zumar 39:10, Allah berfirman, $y ϑ¯ΡÎ) ® ûu θムt βρçÉ9¢Á9$# Νèδt ô_r & Îöt óÎ/ 5>$| ¡Ï m ∩⊇⊃∪ yang bermaksud, “Hanya sanya diberi ganjaran sepenuhnya kepada orang-orang yang sabar pahala mereka dengan tanpa berkira”. Adapun sabar itu ada tiga jenisnya. Pertama, sabar di dalam meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan dan meninggalkan dosa-dosa, sekalipun bercanggahan dengan hawa nafsu sendiri. Kedua, sabar di dalam ketaatan dan taqarrub, walaupun terasa berat oleh jiwa dan tubuh badan. Sabar dari jenis yang kedua ini adalah sabar yang lebih utama, yang membawa pahala yang lebih besar, dan inilah tujuan yang dimaksudkan oleh ayat ini. Ketiga, sabar di dalam mengharungi berbagai macam musibah dan cubaan. Sabar yang sebegini hukumnya adalah wajib, sebagaimana memohon ampun dari perbuatan- perbuatan yang aib. Dan solat pula adalah penolong yang paling besar untuk menguatkan diri seseorang di dalam mentaati Allah, seperti yang Allah firmankan di dalam ayat Al-Ankabut 29:45, 1 Muslim.

Transcript of Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat

Page 1: Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat

Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat Disusun oleh Abu Haniff

$ y㕃 r'̄≈ tƒ z⎯ƒ Ï%©!$# (#θ ãΖtΒ#u™ (#θ ãΨ‹ ÏètGó™ $# Î ö9¢Á9 $$ Î/ Íο4θn= ¢Á9 $#uρ 4 ¨βÎ) ©!$# yì tΒ t⎦⎪Î É9≈¢Á9 $# ∩⊇∈⊂∪

Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah 2:153) Wahai orang-orang yang beriman, (selain dari bersyukur kepadaKu seperti yang telah diperintahkan di dalam ayat 152 di atas, maka) mohonlah pertolongan (kepadaKu untuk memperolehi belas kasihanKu serta kebahagiaan dunia dan akhirat) dengan sabar dan solat (dijadikan sebagai alat untuk memperoleh belas kasihan dan kebahagiaan itu, sebagaimana juga yang difirmankan di dalam ayat Al-Baqarah 2:45,

(#θ ãΖŠÏè tFó™$#uρ Îö9¢Á9 $$Î/ Íο 4θ n=¢Á9 $# uρ 4 $pκ̈ΞÎ) uρ îο u Î7 s3s9 ωÎ) ’n?tã t⎦⎫Ïè ϱ≈sƒ ø:$# ∩⊆∈∪

yang bermaksud, “Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya ia adalah benar-benar berat kecuali ke atas orang-orang yang khusyuk”. Sesungguhnya kamu adakalanya berada di dalam kenikmatan, maka hendaklah kamu bersyukur, dan adakalanya kamu berada di dalam cubaan, maka kendaklah kamu bersabar menanggungnya. Di dalam sebuah hadis,1 Rasulullah pernah bersabda, “Sungguh mengagumkan orang-orang mukmin itu. Tidaklah Allah mentakdirkan baginya sesuatu takdir, melainkan itu adalah sesuatu yang baik baginya. Jika ia mendapat kesenangan, maka ia bersyukur. Adalah itu lebih baik baginya. Dan jika ia dilanda kesusahan, maka ia bersabar. Adalah itu lebih baik baginya”. Sabar adalah merupakan pengakuan seseorang kepada Allah bahawa musibah yang menimpanya adalah dari Allah, dan ia menerimanya dengan penuh ketabahan kerana mengharapkan reda Allah dan pahala yang ada di sisiNya. Di dalam ayat Az-Zumar 39:10, Allah berfirman,

$yϑ̄ΡÎ) ’®û uθ ムtβρç É9≈ ¢Á9 $# Νèδt ô_r& Îö tó Î/ 5>$|¡ Ïm ∩⊇⊃∪

yang bermaksud, “Hanya sanya diberi ganjaran sepenuhnya kepada orang-orang yang sabar pahala mereka dengan tanpa berkira”. Adapun sabar itu ada tiga jenisnya. Pertama, sabar di dalam meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan dan meninggalkan dosa-dosa, sekalipun bercanggahan dengan hawa nafsu sendiri. Kedua, sabar di dalam ketaatan dan taqarrub, walaupun terasa berat oleh jiwa dan tubuh badan. Sabar dari jenis yang kedua ini adalah sabar yang lebih utama, yang membawa pahala yang lebih besar, dan inilah tujuan yang dimaksudkan oleh ayat ini. Ketiga, sabar di dalam mengharungi berbagai macam musibah dan cubaan. Sabar yang sebegini hukumnya adalah wajib, sebagaimana memohon ampun dari perbuatan-perbuatan yang aib. Dan solat pula adalah penolong yang paling besar untuk menguatkan diri seseorang di dalam mentaati Allah, seperti yang Allah firmankan di dalam ayat Al-Ankabut 29:45,

1 Muslim.

Page 2: Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat

ã≅ø?$# !$tΒ z©Çrρé& y7ø‹ s9 Î) š∅ ÏΒ É=≈tGÅ3ø9 $# ÉΟ Ï%r& uρ nο 4θ n= ¢Á9 $# ( χÎ) nο4θ n=¢Á9 $# 4‘sS ÷Ζs? Ç∅ tã

Ï™!$t± ósxø9 $# Ì s3Ζßϑø9 $#uρ 3 ãø. Ï%s!uρ «!$# ç t9ò2r& 3

yang bermaksud, “Bacalah apa yang diwahyukan kepadamu daripada Kitab, dan dirikan solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari kekejian dan kemungkaran. Dan sesungguhnya zikrullah itu adalah lebih hebat”. Diriwayatkan di dalam sebuah hadis,2 “Adalah Rasulullah, apabila menimpanya sesuatu perkara, maka dia solat”. Demikianlah kebijaksanaan yang terkandung di dalam menjadikan sabar dan solat sebagai penolong dan pembimbing untuk memperoleh belas kasihan Allah serta kebahagiaan dunia dan akhirat). Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar (yang akan beroleh keselamatan, insyaAllah).

2 Ahmad, Abu Daud.