PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO · PDF filejangkitan di bahagian zakar. Tanda-tanda...

6

Click here to load reader

Transcript of PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO · PDF filejangkitan di bahagian zakar. Tanda-tanda...

Page 1: PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO · PDF filejangkitan di bahagian zakar. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk ruam, kemerahan, gatal atau bengkak di bahagian zakar, pengeluaran

Page 1 of 6 PH006-003-M-0517-V5

MEDICINE TO TREAT: DIABETES

UBAT UNTUK MERAWAT: DIABETES

Perencat α-glucosidase Biguanida

Perencat DPP-IV Meglitinida

Sulfonylurea Perencat SGLT-2

1. Apakah kegunaan ubat-ubat ini?

Ubat-ubat ini digunakan untuk mengawal penyakit diabetes anda dengan menurunkankan paras gula darah anda. Ubat-ubat ini bertindak melalui beberapa cara.

Kumpulan Ubat Contoh Ubat dalam

Kumpulan Cara ubat bertindak

Perencat α-glucosidase

Acarbose Membantu menghentikan kenaikan paras gula darah yang mendadak selepas makan.

Biguanida Metformin

Membantu badan untuk menggunakan insulin dengan lebih cekap. Mengurangkan jumlah gula yang dihasilkan oleh hati.

Perencat DPP-IV Sitaglipitin Linagliptin

Membantu meningkatkan perembesan insulin selepas makan. Mengurangkan jumlah gula yang dihasilkan oleh hati

Meglitinida Repaglinide Membantu pankreas untuk merembeskan lebih banyak insulin.

Sulfonylurea

Gliclazide Glimepiride Glipizide Tolbutamide

Membantu pankreas untuk merembeskan lebih banyak insulin

Perencat SGLT-2 Dapagliflozin Mengeluarkan gula yang berlebihan dari badan melalui air kencing

PATIENT INFORMATION LEAFLET

Page 2: PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO · PDF filejangkitan di bahagian zakar. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk ruam, kemerahan, gatal atau bengkak di bahagian zakar, pengeluaran

Page 2 of 6 PH006-003-M-0517-V5

2. Bagaimanakah seharusnya saya makan ubat-ubat ini?

Jangan berhenti makan ubat ini tanpa berbincang dengan doktor anda.

Anda harus ikuti dos yang tertera atas label ubat dan makan ubat secara

tetap sama seperti apa yang diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi anda.

Ubat Cara pengambilan ubat Perkara yang harus dilakukan jika ada

dos tertinggal

Acarbose

Ambil ubat ini dengan suap pertama ketika makan atau sebaik sebelum makan

Abaikan dos yang anda terlupa.

Jangan ambil acarbose antara waktu makan anda.

Jika ia mendekati waktu dos seterusnya, ambil dos seperti waktu biasa sahaja. Jangan gandakan dos ubat atau ambil dos yang berlebihan untuk menggantikan dos yang tertinggal.

Metformin Ambil ubat ini semasa atau selepas makan

Jika anda terlupa mana-mana dos ubat, ambil dos tertinggal sebaik anda teringat. Ingat untuk ambil ubat ini semasa atau selepas makan.

Jika ia mendekati waktu dos seterusnya, ambil dos seperti waktu biasa sahaja. Jangan gandakan dos ubat atau ambil dos yang berlebihan untuk menggantikan dos yang tertinggal.

Sitaglipitin Linagliptin

Ambil ubat ini sebelum atau selepas makan

Jika anda tertinggal mana-mana dos ubat, ambil dos tertinggal sebaik anda teringat.

Jika ia mendekati waktu dos seterusnya, ambil dos seperti waktu biasa sahaja. Jangan gandakan dos ubat atau ambil dos yang berlebihan untuk menggantikan dos yang tertinggal.

Repaglinide Ambil ubat ini sebaik saja sebelum makan

Ambil dos yang berikutnya sebaik sebelum makan. Abaikan dos yang anda tertinggal.

Jangan gandakan dos ubat anda atau ambil dos yang berlebihan untuk menggantikan dos tertinggal.

Gliclazide Glimepiride Glipizide Tolbutamide

Ambil ubat ini sebaik saja sebelum makan

Ambil dos yang berikutnya sebaik sebelum makan. Abaikan dos yang anda tertinggal.

Jangan gandakan dos ubat anda atau ambil dos berlebihan untuk menggantikan dos tertinggal.

Page 3: PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO · PDF filejangkitan di bahagian zakar. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk ruam, kemerahan, gatal atau bengkak di bahagian zakar, pengeluaran

Page 3 of 6 PH006-003-M-0517-V5

Dapagliflozin Ambil ubat ini sebelum atau selepas makan

Jika anda tertinggal mana-mana dos ubat, ambil dos tertinggal sebaik anda teringat.

Jika ia mendekati waktu dos seterusnya, ambil dos seperti waktu biasa sahaja. Jangan gandakan dos ubat atau ambil dos yang berlebihan untuk menggantikan dos yang tertinggal.

3. Apakah kesan-kesan sampingan yang mungkin saya alami semasa

makan ubat-ubat ini?

Gula darah rendah Kesan sampingan yang paling lazim berlaku semasa pengambilan ubat diabetes ialah gula darah rendah. Jika anda ambil ubat diabetes tetapi tidak makan mengikut waktu tetap, tahap gula darah anda mungkin akan menjadi terlalu rendah. Tahap gula darah rendah mungkin juga berlaku jika anda tidak makan dengan baik. Tanda-tanda tahap gula darah rendah termasuk kelemahan, pening, kelaparan, berpeluh, menggeletar, penglihatan kabur, tidak stabil semasa berjalan atau jantung berdebar pantas. Jika anda alami mana-mana tanda gula darah rendah di atas, ambil langkah-langkah berikut dengan segera: Langkah pertama: Ambil 15 gram gula. Contoh 15 gram gula adalah seperti berikut:

3 tablet glukosa atau

Setengah gelas jus buah atau

2 – 4 sudu teh gula, madu atau sirap

Sila ambil perhatian bahawa jika anda sedang ambil tablet acarbose, hanya tablet glukosa yang akan melegakan tanda-tanda tahap gula rendah.

Langkah kedua: Anda seharusnya rasa lebih baik dalam kira-kira 15 minit. Jika anda mempunyai glukometer di rumah anda, anda patut periksa paras gula darah anda. Langkah ketiga: Jika paras gula darah anda kurang daripada 4mmol/L atau anda masih mempunyai tanda-tanda tahap gula darah rendah, anda harus ulangi langkah pertama tersebut di atas.

Jika keadaan anda masih tidak pulih, jumpa dengan doktor atau tuju ke hospital dengan segera.

Perut tidak selesa/ Perut kembung atau bergas/Cirit-birit

Page 4: PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO · PDF filejangkitan di bahagian zakar. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk ruam, kemerahan, gatal atau bengkak di bahagian zakar, pengeluaran

Page 4 of 6 PH006-003-M-0517-V5

Tanda-tanda ini mungkin berlaku tetapi biasanya akan pulih dalam jangka

masa tertentu. Jumpa dengan doktor anda jika mana-mana tanda tersebut

menjadi serius atau tidak pulih.

Rasa loya/Muntah-muntah atau kehilangan selera makan

Anda mungkin akan alami tanda-tanda ini jika anda ambil metformin. Ubat ini

seharusnya diambil selepas makan atau semasa makan untuk mengurangkan

tanda-tanda tersebut. Jumpa dengan doktor anda jika mana-mana tanda

tersebut menjadi serius atau tidak pulih-pulih.

Pankreatitis (keradangan pankreas)

Pankreatitis ialah suatu kesan sampingan sitagliptin dan linagliptin yang jarang berlaku dan serius. Anda harus berhenti pengambilan ubat tersebut dan berjumpa dengan doktor anda dengan segera jika mana-mana tanda berikut berlaku:

o Kesakitan perut, abdomen atau bahagian belakang yang teruk o Rasa loya atau muntah-muntah yang tidak pulih-pulih o Kehilangan selera makan

Tekanan darah rendah

Jika anda mengambil dapagliflozin, anda mungkin rasa pening atau hendak pitam terutamanya apabila anda bangun dari posisi baring atau duduk. Keadaan ini biasanya berlaku pada waktu pagi atau semasa anda bangun dari tidur. Bangun secara perlahan-lahan mungkin boleh mencegah keadaan ini. Jika keadaan ini berterusan, maklumkan doktor anda.

Dehidrasi (kekurangan air dalam badan)

Anda mungkin akan mengalami dehidrasi jika anda mengambil dapagliflozin kerana ubat ini mengeluarkan gula yang berlebihan dari badan anda melalui air kencing. Anda harus minum 1-2 gelas air tambahan setiap hari kecuali doktor menasihatkan anda untuk mengawal pengambilan cecair anda.

Jangkitan

Wanita yang mengambil dapagliflozin berkemungkinan tinggi untuk mendapat jangkitan yis faraj. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk pengeluaran cecair putih/kuning dari faraj, pengeluaran cecair berbau dari faraj, atau rasa gatal pada bahagian faraj. Lelaki yang mengambil dapagliflozin berkemungkinan tinggi untuk mendapat jangkitan di bahagian zakar. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk ruam, kemerahan, gatal atau bengkak di bahagian zakar, pengeluaran cecair berbau dari zakar atau rasa sakit pada bahagian zakar.

Page 5: PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO · PDF filejangkitan di bahagian zakar. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk ruam, kemerahan, gatal atau bengkak di bahagian zakar, pengeluaran

Page 5 of 6 PH006-003-M-0517-V5

Dapagliflozin juga akan meningkatkan risiko untuk mendapat jangkitan saluran kencing. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk perasaan terbakar semasa kencing, perasaan ingin kencing yang kerap atau kelihatan darah dalam air kencing. Jika anda mengalami mana-mana tanda di atas, anda harus memaklumkan doktor anda.

Ketoasidosis (Peningkatan paras keton dalam darah atau air kencing)

Ketoasidosis adalah kesan sampingan yang serius tetapi jarang bagi dapagliflozin. Anda seharusnya berhenti mengambil ubat ini dan berjumpa dengan doktor anda dengan segera jika anda mengalami mana-mana tanda berikut:

o Sakit perut atau sakit pada bahagian abdomen o Rasa loya atau muntah o Rasa keliru, letih dan rasa mengantuk yang luar biasa o Kesukaran bernafas o Rasa sangat dahaga o Bau buah-buahan dalam nafas anda

4. Bagaimanakah saya tahu bahawa saya mempunyai alahan terhadap ubat

ini?

Tanda-tanda alahan ubat termasuk salah satu atau beberapa yang berikut:

Muka/mata/bibir bengkak

Kesukaran bernafas

Ruam kulit yang gatal pada seluruh badan

Jika anda mengalami mana-mana tanda di atas, anda harus berhenti ambil ubat anda dan jumpa dengan doktor anda dengan segera.

5. Apakah langkah-langkah pengawasan yang harus saya ambil semasa

makan ubat-ubat ini?

Sebelum ambil ubat-ubat ini, maklumkan doktor anda jika:

o anda mempunyai alahan terhadap ubat ini atau ubat-ubat yang lain

o anda sedang makan ubat preskripsi dan bukan-preskripsi

o anda mempunyai penyakit jantung, buah pinggang, atau hati.

o anda akan menjalani apa-apa jenis pembedahan

o anda hamil atau rancang menjadi hamil

o anda sedang menyusu susu ibu kepada anak

o anda pernah mengalami ketoasidosis diabetes

o anda pernah mengalami jangkitan saluran kencing atau menghidap

kanser pundi kencing

o anda selalu minum alkohol

Page 6: PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO · PDF filejangkitan di bahagian zakar. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk ruam, kemerahan, gatal atau bengkak di bahagian zakar, pengeluaran

Page 6 of 6 PH006-003-M-0517-V5

Jika anda minum alkohol tanpa makan, ia mungkin akan mengakibatkan

paras gula darah anda menjadi amat rendah.

Paras gula darah anda seharusnya diuji dengan meter gula darah

kegunaan rumah seperti yang diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi.

Jika anda jumpa doktor yang lain, maklumkan doktor tersebut bahawa

anda sedang ambil ubat-ubat untuk diabetes.

Jika anda sedang ambil metformin, anda harus maklumkan doktor anda

sekiranya anda perlu menjalani apa-apa prosedur imbasan atau sinar-X.

Anda mungkin perlu berhenti pengambilan metformin untuk beberapa hari.

Jika doktor maklumkan anda bahawa anda perlu menjalani ujian darah yang memerlukan anda berpuasa, jangan ambil ubat diabetes anda sehingga ujian darah anda habis dijalankan dan bersedia untuk makan.

Jika anda kurang makan disebabkan oleh sakit, menjalani pembedahan atau diet anda bertukar, sila maklumkan doktor anda kerana perubahan pada ubat anda mungkin perlu dilakukan.

6. Bagaimanakah seharusnya saya simpan ubat-ubat ini?

Simpan ubat-ubat anda dalam botol atau kotak yang asal. Pastikan botol atau kotak tersebut ditutup ketat dan disimpan di tempat yang dingin dan kering serta jauh dari sinaran matahari.

Jauhi ubat-ubat ini daripada kanak-kanak.

Buangkan semua ubat-ubat yang telah luput. Risalah ini hanya menjawab sesetengah soalan lazim mengenai ubat ini. Ia tidak mengandungi segala maklumat yang sedia ada. Ia juga tidak menggantikan perbincangan anda dengan doktor atau ahli farmasi anda.