MencariNilaiPi MenggunakanAksara Rawak€¦ · sifat-sifat yang penting bentuk bulatan dan sfera...
Transcript of MencariNilaiPi MenggunakanAksara Rawak€¦ · sifat-sifat yang penting bentuk bulatan dan sfera...
2017 - Matematik - Mencari Nilai Pi
1
WWW.NOTASAINS.WORDPRESS.COM
MATEMATIK
Mencari Nilai PiMenggunakan Aksara
Rawak14 MARCH 2017
Abg Thaza
projekSAINS
2017 - Matematik - Mencari Nilai Pi
2
TUJUANSempena Hari Pi sedunia (14 March), saya akan mencuba untuk
mencari nilai pi.
TEORINilai pi (aksara Yunani, π) ialah nombor tiada nisbah dan adalah hasil
pembahagian ukurlilit sebuah bulatan dengan lebarnya. Selain
menunjukkan perkaitan ukurlilit dan lebar, nilai pi ini membantu mencari
sifat-sifat yang penting bentuk bulatan dan sfera seperti ruang dan
isipadu. Ia juga membantu dalam bidang kejuruteraan dan fizik dalam
mengira frekuensi sistem gelombang. Setelah pengiraan yang teliti, ahli
matematik bersetuju bahawa nilai pi adalah 3.1415927[…][1].
Kali ini saya akan menggunakan perkaitan ruang bulatan dan segi
empat sama untuk mencari pi. Persamaan ruang untuk bentuk bulat
ialah (r = jejari = 1/2 lebar) :
2bulat πrRuang
manakala ruang untuk segi empat sama yang sama lebar dengan bulat
ialah:
2
samaempat segi
4r2r2r
lebar lebarRuang
Lalu, apabila kita membahagi Ruangbulat dengan Ruangsegi empat sama kita
akan perolehi π/4. Mendarab nilai itu dengan 4 akan mendapat
anggaran nilai pi.
Dalam percubaan ini, saya akan memenuhi ruang gambar dengan
aksara-aksara rawak dan dengan mengira jumlah aksara-aksara itu akan
mendapat nilai kasar ruang yang sebenarnya.
2017 - Matematik - Mencari Nilai Pi
3
BAHAN1. Adobe Photoshop CS6
KAEDAH KAJIAN
1. Satu fail kosong dibuka dalam aplikasi Adobe Photoshop CS6 yang
bersaiz kotak.
2. Aksara yang rawak ditaip supaya memenuhi ruang kotak itu.
3. Bulatan dilukis supaya lebar bulatan sama dengan lebar segi empat
sama.
4. Aksara yang dalam bulatan dan yang dalam segi empat sama dikira
dan direkod.
5. Nilai pi dikira.
DAPATAN KAJIANAksara dalam
bulatanAksara dalam
segi empat sama samaempat segi
bulat
RuangRuang π
578 760 0.7605 3.042
Ketaktepatan =
%100sebenar Nilaidapatan Nilai -sebenar Nilai 3.17%
2017 - Matematik - Mencari Nilai Pi
4
PEMBINCANGANNampaknya nilai pi yang saya dapat ialah 3.042 dengan ketaktepatan
3.17%. Taklah teruk sangat. Antara punca kenapa nilai pi ini lari
sebanyak 3.17% daripada nilai sebenar ialah sebab mengira ruang
menggunakan aksara bukanlah satu cara untuk mengira ruang dengan
berkesan kerana lebar setiap aksara adalah berbeza-beza maka
bergantung kepada bagaimana aksara itu tersusun secara rawak, jumlah
kiraan akan berbeza. Namun, kita boleh menambah ketepatan dengan
mengecilkan fon tulisan, dengan itu, ia boleh mengurangkan ruang
kosong dan mendekati nilai ruang kasar.
KESIMPULANMaka, nilai pi untuk cubaan kali ini ialah 3.042 dengan ketaktepatan
3.17%.
RUJUKAN[1] Giancoli, D. C. (2016). Physics: Principles with Applications (7th ed.)
Boston, Pearson.