PENGENALAN KOMPONEN ELEKTRIK

Post on 06-Jun-2015

17.783 views 10 download

Transcript of PENGENALAN KOMPONEN ELEKTRIK

Pengenalan Kepada Komponen Elektronik

UNTUK JURULATIH UTAMA KHSR NEGERI SABAH

Perintang Tetap

Mengawal arus elektrik dalam sesuatu litar. Nilainya diukur dalam unit Ohm (). Semakin tinggi nilai rintangan semakin rendah

arus yang mengalir melaluinya. Nilai perintang ditandakan dengan kod warna.

Simbol

Warna Mewakili nombor

HitamPerangMerahJinggaKuningHijauBiruUngguKelabuputih

0123456789

Kod Warna Perintang

Kod warna terdiri daripada 4 lajur

Lajur pertama menunjukkan nilai pertama

Lajur kedua menunjukkan nilai kedua

Lajur ketiga menunjukkan bilangan kosong

Lajur keempat menunjukkan nilai toleransi

Cara membaca kod warna

Kuning menunjukkan no. 4Unggu menunjukkan no. 7Perang menunjukkan bilang kosong, iaitu 1Emas menunjukkan 5% toleransi

Jadi, nilai perintang di atas ialah 470 Ohm

Nilai toleransi ialah 470 Ohm X 5% = 23.5 Ohm

Jadi, nilai perintang boleh dari 446.5 Ohm hingga 493.5 Ohm

Perintang Boleh Laras

Nilainya boleh dilaraskan antara 0 hingga nilai maksimumnya dengan memutarkan spindelnya.

Simbol

Perintang Peka Cahaya

Juga dikenali sebagai L.D.R, iaitu Light Dependent Resistor.

Nilai ringtangan bergantung kepada cahaya yang diterimanya.

Semakin banyak cahaya yang diterima, semakin kecil rintangannya.

Simbol

Diod

Komponen yang membenarkan aliran arus elektrik ke satu arah sahaja.

Boleh digunakan untuk menukar arus ulang alik ke arus terus.

Kutub positif dikenali sebagai anod (A) manakala kutub negatif dikenali sebagai katod (K)

A K

Simbol

Diod Pemancar Cahaya (L.E.D)

Diod pemancar cahaya adalah diod yang boleh menyala apabila arus elektrik mengalir melaluinya.

Ia selalu disebut L.E.D, iaitu singkatan untuk Light Emitting Diode.

A K

Simbol

Transistor

Adalah komponen yang digunakan untuk membesarkan arus atau sebagai suis.

Ia diperbuat daripada bahan positif dan bahan negatif.

Ia mempunyai 3 kaki Kaki pemungut (Collector) – C Kaki tapak (Base) – B Kaki pemancar (Emitter) - E

Simbol Transistor

Penerus Kawalan Silikon (SCR)

Penerus kawalan silikon atau SCR berfungsi sebagai suis dan membenarkan arus elektrik mengalir sehala sahaja seperti diod.

Ia mempunyai 3 kaki, iaitu : Get (G) Anod (A) Katod (K)

Simbol

Litar Bersepadu (IC)

Adalah satu litar yang lengkap dan ringkas di dalam sebuah bekas kecil.

Ia juga dipanggil litar terkamil atau cip atau IC (Integrated circuit)

Ia boleh mengandungi elemen komponen seperti transistor, diod, perintang dan sebagainya

Simbol

Kapasitor Komponen yang berfungsi sebagai penyimpan

dan pembuang cas. Unit sukatannya ialah farad (F). Ia biasanya

bernilai kecil dan disukat dalam mikrofarad (F). Kapasitor yang bernilai tinggi akan menyimpan

lebih banyak tenaga elektrik. Ia juga mengambil lebih masa untuk mengecas dan membuang cas.

Terdapat dua jenis kapasitor, iaitu jenis berkutub dan jenis tidak berkutub.

Simbol Kapasitor

Buzer

Komponen yang menukar tenaga elektrik kepada tenaga bunyi yang bergetaran.

Simbol

Geganti

Adalah sejenis suis automatik yang dikendalikan oleh arus elektrik

Simbol

Litar Elektronik Litar elektronik adalah sambungan

komponen-komponen elektronik secara sistematik supaya arus elektrik dapat mengalir dengan sempurna.

Untuk membuat satu litar elektronik, kita merujuk kepada lukisan kerja litar itu.

Jenis-jenis lukisan litar

Terdiri daripada lukisan skematik dan lukisan bergambar.

Lukisan skematik menunjukkan setiap sambungan dan semua komponen dalam simbol. (2 dimensi)

Lukisan bergambar pula menunjukkan setiap sambungan dan komponen elektronik dilukiskan. (3 dimensi)

Jenis Lukisan Litar

+ - + -

Lukisan Skematik Lukisan Bergambar