Cara format dan install 2

Post on 17-Aug-2015

24 views 6 download

Transcript of Cara format dan install 2

Cara format dan install

Windows XP, Vista & Seven.

Ditulis oleh: @einztrigger (JomPHP.com) 15 Disember 2009

Pengenalan

Ϟ Panduan ini ditulis bagi memudahkan anda mempelajari dan memahami cara format dan install windows dengan cara yang paling ringkas sekali.

Ϟ Anda dapat belajar cara install windows menggunakan cd/dvd dan juga menggunakan pendrive.

Ϟ Untuk setiap langkah yang anda harus buat, saya letakkan gambar dan penerangan bagi memudahkan pemahaman anda.

Ϟ Jika gagal, cuba ulang beberapa kali. Belajar dari kesilapan.

Ϟ Selamat mencuba dan belajar!

Asas format dan install windows

Ϟ Mempunyai cd atau dvd mengandungi windows installation

Ϟ Mempunyai pemacu cd atau dvd yang berfungsi

Ϟ Anda perlu set cd/dvd rom sebagai keutamaan boot.

Ϟ Seterusnya, ikut langkah2 seperti yang ditunjukkan.

Ϟ Semoga berjaya!

Tekan Delete untuk masuk bios. Berbeza mengikut jenis motheboard, anda mungkin perlu menekan butang lain seperti

F12, F9 dll untuk masuk ke dalam bios.

Setting bios untuk boot dari cd-rom

Pilih Advanced Bios Features.

Setting bios untuk boot dari cd-rom

Pada bahagian First Boot Device, set cdrom kepada first priority, hard disk kepada second priority.

Setting bios untuk boot dari cd-rom

Tekan apa sahaja di keyboard untuk mulakan proses boot from CD.

Setting bios untuk boot dari cd-rom

Windows XP

Install Windows XP

Proses setup akan bermula. Tekan Enter untuk setup Windows XP.

Tekan F8 (I agree) untuk langkah seterusnya.

Anda tidak boleh install windows xp jika tiada mempunyai partition. Jadi, tekan C untuk membuat partition terlebih dahulu.

Install Windows XP

Katakan hard disk anda ada ruang ± 10 gig (10229 MB), anda boleh jadikan kepada dua partition dengan memilih 7 gig (7000 MB) kepada partition pertama.

Install Windows XP

Partition 1 anda sudah muncul, berkapasiti 6997 MB. Perhatikan ada baki lagi 3gig lebih kerana daripada ruang 10 gig hard disk anda hanya set kepada 7 gig untuk partition 1.

Install Windows XP

Baki 3gig ruang hard disk itu anda boleh buat partition baru.

Install Windows XP

Sekarang anda sudah ada 2 partition, satu berkapasiti 7 gig dan satu lagi 3 gig. Jika anda ada hard disk yang besar, anda boleh pecah2kan kepada 3 atau lebih jumlah partition.

Install Windows XP

Anda boleh delete partition dengan menekan L. Jangan bimbang, selepas itu anda masih boleh create partition baru sekiranya masih ada unpartitioned space.

Install Windows XP

Ok, langkah membuat partition selesai. Sebelum install, anda harus format hard disk itu terlebih dahulu.

Install Windows XP

Pilih format partition guna NTFS file system kerana ia lebih laju dan menyokong file bersaiz lebih 4 gig. Cara ini akan memadam segala data dalam hard disk tersebut. Quick format hanya memadam data tetapi tidak membuang bad sector pada hard disk.

Install Windows XP

Proses format sudah bermula. Sepatutnya masa yang diambil hanya beberapa minit sahaja.

Install Windows XP

Install Windows XP

Tunggu sehingga proses copying file ke dalam hard disk selesai.

Install Windows XP

Selesai proses copying file, komputer anda akan di-restart secara automatik. Selepas restart, jangan tekan apa2 butang pada keyboard dan tunggu sehingga apa yang terpapar di muka surat seterusnya.

Install Windows XP

Proses Installing Windows. Pilih Regional dan Language setting. Kemudian tekan Next.

Install Windows XP

Masukkan Nama dan Organisasi. Kemudian masukkan product key anda.

Install Windows XP

Masukkan nama komputer. Letakkan password jika perlu.

Set tarikh, waktu dan zon masa. Pilih GMT+0800 iaitu zon masa Malaysia dan Singapore.

Install Windows XP

Installing network…

Jika tidak tahu, pilih typical settings dan tekan next.

Pilih workgroup dan tekan next.

Install Windows XP

Proses installation sudah hampir selesai.

Install Windows XP

Tekan Next Anda boleh pilih samada ingin gunakan fungsi automatic updates atau tidak.

Sambung kepada internet atau boleh skip dan buat pada masa lain.

Install Windows XP

Pilih nama pengguna komputer. Tahniah, anda dah berjaya install windows xp.

Install Windows XP

Selesai! Anda kini sudah boleh menggunakan windows xp.

Windows Vista

Install Windows Vista

Pilih bahasa, negara, dan keyboard input. Kemudian tekan next.

Tekan Install now.

Install Windows Vista

Masukkan product key dvd windows vista anda.

Anda juga boleh masukkan product key dan activate selepas proses installation selesai.

Install Windows Vista

Sila setuju kepada terma dan syarat. Pilih custom (advanced) untuk proses installation windows.

Install Windows Vista

Anda perlu membuat partition terlebih dahulu.

Install Windows Vista

Sebagai contoh, anda boleh buat dua partition dengan kapasiti 15 gig (partition 1) dan 5 gig (partition 2).

Install Windows Vista

Format hard disk untuk memadam data dan menjadikannya boleh dibaca dalam Windows.

Install Windows Vista

Pilih partition yang anda hendak install windows, dan proses installation bermula serta-merta. Komputer akan restart secara automatik.

Install Windows Vista

Taip username dan password anda. Taipkan nama komputer dan pilih wallpaper yang tersedia ada.

Install Windows Vista

Set automatic updates kepada use recommended settings. Boleh ditukar selepas ini.

Pilih zon masa, tarikh dan waktu. GMT +0800 jika berada di Kuala Lumpur dan Singapore.

Install Windows Vista

Pilih lokasi network anda samada di rumah, tempat kerja atau tempat awam.

Terima kasih, proses installation vista sudah selesai.

Install Windows Vista

Windows sedang memeriksa keupayaan komputer anda.

Install Windows Vista

Windows Vista sudah sedia untuk digunakan oleh anda.

Windows 7

Install Windows 7

Pilih bahasa, negara dan keyboard input. Tekan install now untuk memulakan proses install windows.

Install Windows 7

Proses setup bermula. Terima syarat dan tekan next.

Install Windows 7

Pilih option upgrade jika anda mahu upgrade dari vista kepada seven. Untuk membuat installation bersih, pilih custom (advanced).

Install Windows 7

Sebelum install windows, anda harus membuat partition terlebih dahulu. Tekan butang New kemudian set 15000 MB (15 gig) misalnya.

Install Windows 7

Windows akan membuat satu partition lebih untuk kegunaan sistem.

Install Windows 7

Ada 5.4 gig lagi ruang bebas dan anda boleh buat satu lagi partition dengan menekan butang New.

Install Windows 7

Untuk memformat mana2 partition, tekan butang format. Segala data yang tersimpan dalam partition tersebut akan hilang.

Install Windows 7

Pilih partition yang anda hendak install windows. Dalam kes ini, pilih partition 2 yang mempunyai ruang sebanyak 14.5 gig.

Install Windows 7

Proses mengumpul maklumat dan installation bermula.

Windows akan restart secara automatik bagi meneruskan proses installation.

Install Windows 7

Setup sedang mengemaskini setting registry.

Proses installation hampir selesai.

Install Windows 7

Masukkan nama pengguna dan nama komputer.

Taipkan password dan pembayang kepada password anda.

Install Windows 7

Taipkan product key bagi dvd windows 7 anda. Anda juga boleh skip langkah ini dan masukkan key selepas ini.

Pilih automatic updates untuk menggunakan recommended settings. Anda boleh tukar setting selepas ini.

Install Windows 7

Pilih lokasi network anda, samada di rumah, tempat kerja atau tempat awam.

Desktop anda dalam peringkat penyediaan.

Install Windows 7

Tahniah! Windows 7 anda sudah sedia untuk digunakan.

Lawati Kami di :

- Blog utama : http://jomphp.com

- English blog : http://eins.my

- Timeline blog : http://my.eins.my

- Majalah9 : http://majalah9.com

- Facebook : http://jomphp.com/fb

- Twitter : @jomphp @einztrigger @cyberflyx