Download - PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

Transcript
Page 1: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

PERSEPSI PELAJAR MENGENAI

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLAKUAN BULI

DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KULAI BESAR

SITI ZAHIRAH BINTI HALIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS υ JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2001/2002 Saya SITI ZAHIRAH BINTI HALIM

PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG

MEMPENGARUHI PERLAKUAN BULI DI SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN KULAI BESAR

2007/2008

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(HURUF BESAR)

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

ENCIK MOHAMAD ABDILLAH BIN ROYO

Nama Penyelia

NO 40, KAMPUNG SUNGAI GELUGUR, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH.

Tarikh: 28 APRIL 2008 Tarikh: 28 APRIL 2008 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik).”

Tandatangan :…………………………................

Nama Penyelia : ENCIK MOHAMAD ABDILLAH BIN ROYO

Tarikh : 28 APRIL 2008

Page 4: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

PERSEPSI PELAJAR MENGENAI

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLAKUAN BULI

DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KULAI BESAR

SITI ZAHIRAH BINTI HALIM

TESIS INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT

PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA

TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEJURUTERAAN ELEKTRIK)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2008

Page 5: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

ii

“Saya akui karya yang bertajuk “Persepsi Pelajar Mengenai Faktor-Faktor yang

Mempengaruhi Perlakuan Buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar”

adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :…………………………................

Nama Penulis : SITI ZAHIRAH BINTI HALIM

Tarikh : 28 APRIL 2008

Page 6: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

iii

Dipanjatkan kesyukuran buatNya yang mengizinkan segala sesuatu.....

Untuk ayah dan ibu tercinta,

En. Halim Bakar & Pn. Maliah Omar

Doa, dorongan dan pengorbanan

mengiringi kehidupan dan kejayaanku

Terima Kasih ayah dan ibu.

Untuk Adik-adik yang disayangi,

Kejayaan ini adalah kejayaan kita semua.

Untuk sahabat handai yang sentiasa disisi,

Terima kasih atas segala pertolongan, nasihat dan dorongan

serta perkongsian suka dan duka bersama.

Page 7: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

iv

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah diatas segala rahmat dan limpah kurniaNya tesis ini

dapat disiapkan mengikut jadual yang telah dirancang.

Pertama sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia

projek sarjana muda, Encik Mohamad Abdillah bin Royo diatas bimbingan dan

dorongan yang diberikan sepanjang tempoh saya menyiapkan kajian ini. Terima

kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas

segala jasa baik yang telah diberikan.

Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada pihak Sekolah Menengah

Kebangsaan Kulai Besar kerana telah memberikan kerjasama untuk saya

menjalankan kajian ini.

Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada individu yang terlibat sama

ada secara langsung atai tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Semoga Allah

S.W.T membalas segala bantuan yang telah dihulurkan.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi pelajar mengenai faktor-faktor

yang mempengaruhi perlakuan buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar.

Faktor yang dikaji adalah dari aspek diri pelajar, keluarga, persekitaran, persekolahan

dan rakan sebaya. Seramai 132 orang pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah

Kebangsaan Kulai Besar dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Kajian ini

dijalankan dengan menggunakan set borang soal selidik (α = 0.806) yang terbahagi

kepada dua bahagian. Data dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical

Package For Social Sciences (SPSS) versi 12.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan,

peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor diri pelajar,

keluarga, persekitaran dan persekolahan berada pada tahap sederhana dalam

mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar. Walaubagaimanapun, faktor rakan

sebaya berada pada tahap tinggi dalam mempengaruhi perlakuan buli di kalangan

pelajar. Oleh itu, beberapa cadangan telah dikemukakan dalam usaha mengatasi

masalah perlakuan buli di kalangan pelajar.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

vi

ABSTRACT

This survey research was conducted to identify student’s perception about

factors which influence the bully problem at Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai

Besar. The factors study are from the aspect of student’s self, family, environment,

school and peer. 132 form four students at Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai

Besar have been chosen randomly as the sample of this study. The investigation had

been carried out using questionnaire (α = 0.806) which was divided into two parts.

Data was analyzed using computer software Statistical Package for Social Science

(SPSS) version 12.0 to get the value of frequency, percentage and mean. Research

finding showed that student’s self, family, environment and school factor were in

middle level which influences the bully problem among students. However, peer

factor was in high level which influences the bully problem among students.

Therefore, a few recommendations were proposed in effort to curb the bully problem

among students.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA SURAT

TAJUK KAJIAN i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN

xvi

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 9

Page 11: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

viii

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Skop dan Batasan Kajian 12

1.8 Terminalogi

1.8.1 Persepsi

1.8.2 Pelajar

1.8.3 Faktor

1.8.4 Mempengaruhi

1.8.5 Perlakuan Buli

12

12

13

13

13

14

1.9 Penutup

14

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 15

2.2 Faktor Diri Pelajar 18

2.3 Faktor Keluarga 22

2.4 Faktor Persekitaran

2.4.1 Media Massa

26

27

2.5 Faktor Persekolahan

2.5.1 Sikap guru

2.5.2 Peraturan sekolah

28

30

32

2.6 Faktor Rakan Sebaya 33

2.7 Penutup

35

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 36

3.2 Reka Bentuk Kajian 37

3.3 Tempat Kajian 38

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 38

3.5 Instrumen Kajian

3.5.1 Bahagian A: Maklumat pelajar

39

40

Page 12: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

ix

3.5.2 Bahagian B: Persoalan Kajian 40

3.6 Kajian Rintis

3.6.1 Keesahan Item Soal Selidik

3.6.2 Kebolehpercayaan Item Soal Selidik

42

43

44

3.7 Analisis Data 44

3.8 Prosedur Kajian 45

3.9 Penutup

47

BAB IV

ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 48

4.2 Analisis Data Bahagian A

4.2.1 Jantina

4.2.2 Kaum

49

49

49

4.3 Analisis Data Bahagian B

4.3.1 Persoalan kajian 1: Apakah faktor diri

pelajar mempengaruhi perlakuan buli di

kalangan pelajar Sekolah Menengah

Kebangsaan Kulai Besar?

4.3.2 Persoalan kajian 2: Apakah faktor

keluarga mempengaruhi perlakuan buli di

kalangan pelajar Sekolah Menengah

Kebangsaan Kulai Besar?

4.3.3 Persoalan kajian 3: Apakah faktor

persekitaran mempengaruhi perlakuan buli

di kalangan pelajar Sekolah Menengah

Kebangsaan Kulai Besar?

4.3.4 Persoalan kajian 4: Apakah faktor

persekolahan mempengaruhi perlakuan

buli di kalangan pelajar Sekolah

Menengah Kebangsaan Kulai Besar?

50

51

53

56

58

Page 13: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

x

4.3.5 Persoalan kajian 5: Apakah faktor rakan

sebaya mempengaruhi perlakuan buli di

kalangan pelajar Sekolah Menengah

Kebangsaan Kulai Besar?

60

4.4 Ringkasan Dapatan Kajian 63

4.5 Penutup

65

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

5.1 Pendahuluan 66

5.2 Rumusan

5.2.1 Rumusan maklumat diri responden

5.2.2 Rumusan berdasarkan item yang

dikemukakan

66

67

67

5.3 Perbincangan

5.3.1 Apakah faktor diri pelajar mempengaruhi

perlakuan buli di kalangan pelajar Sekolah

Menengah Kebangsaan Kulai Besar?

5.3.2 Apakah faktor keluarga mempengaruhi

perlakuan buli di kalangan pelajar Sekolah

Menengah Kebangsaan Kulai Besar?

5.3.3 Apakah faktor persekitaran mempengaruhi

perlakuan buli di kalangan pelajar Sekolah

Menengah Kebangsaan Kulai Besar?

5.3.4 Apakah faktor persekolahan

mempengaruhi perlakuan buli di kalangan

pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan

Kulai Besar?

69

69

71

73

75

Page 14: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

xi

5.3.5 Apakah faktor rakan sebaya

mempengaruhi perlakuan buli di kalangan

pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan

Kulai Besar?

77

5.4 Cadangan 79

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 81

5.6 Kesimpulan

82

BIBLIOGRAFI 83

LAMPIRAN 92

Page 15: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

3.1 Pembahagian Item mengikut persoalan kajian. 41

3.2 Skala Likert 42

3.3 Skala Min 45

4.1 Taburan responden mengikut jantina 49

4.2 Taburan responden mengikut kaum 50

4.3 Analisis faktor diri pelajar terhadap perlakuan

buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah

Kebangsaan Kulai Besar

51

4.4 Analisis faktor keluarga terhadap perlakuan buli

di kalangan pelajar Sekolah Menengah

Kebangsaan Kulai Besar

53

4.5 Analisis faktor persekitaran terhadap perlakuan

buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah

Kebangsaan Kulai Besar

56

4.6 Analisis faktor persekolahan terhadap perlakuan

buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah

Kebangsaan Kulai Besar

58

4.7 Analisis faktor rakan sebaya terhadap perlakuan

buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah

Kebangsaan Kulai Besar

60

Page 16: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

xiii

4.8 Analisis dapatan kajian berdasarkan persoalan

kajian.

63

Page 17: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

xiv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Carta Aliran Prosedur Kajian 46

Page 18: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

xv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN KETERANGAN

PMR Penilaian Menengah Rendah

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

Page 19: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 92

B Jadual Krejcie, R. V dan Morgan D. W. Yang

menunjukkan kadar menentukan jumlah

sampel daripada populasi.

96

C Surat pengesahan Soal Selidik 98

D Surat Kebenaran Menjalani Projek Sarjana

Muda

100

E Surat Kebenaran dari Jabatan Pelajaran Johor 101

F Surat Kebenaran dari Kementerian Pelajaran

Malaysia

102

xvi

Page 20: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pelajar merupakan harapan bangsa dan negara kerana mereka bakal

memimpin negara pada masa depan. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah berusaha

memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada golongan ini bagi memastikan

mereka mendapat ilmu yang berguna dan mempunyai sahsiah yang tinggi.

Sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Falsafah Pendidikan Negara,

pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan

yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani

berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Kementerian

Pelajaran Malaysia, 2005).

Sekolah merupakan sebuah institusi yang paling penting dalam memastikan

matlamat negara dapat dicapai dengan melahirkan insan yang berkualiti dalam setiap

segi. Pelajar bukan sahaja dibekalkan dengan ilmu pengatahuan yang berguna, malah

Page 21: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

2

mereka juga turut diterapkan dengan nilai-nilai murni bagi memastikan mereka

menjadi masyarakat yang sentiasa mengamalkan budaya Malaysia serta dapat

memberikan sumbangan kepada negara.

Tugas mendidik anak bangsa bukanlah satu tugas yang mudah. Guru

memainkan peranan yang sangat penting bagi membentuk pelajar yang baik dari segi

mental, emosi dan rohani. Tugas guru semakin mencabar kerana mereka terpaksa

mendidik pelajar yang terdiri daripada pelbagai jenis latar belakang. Oleh itu, wujud

pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas

yang telah ditetapkan.

Dalam senario pendidikan sekarang, terdapat pelbagai masalah disiplin

pelajar yang masih tidak dapat dikawal. Antara yang dimaksudkan adalah seperti

masalah tingkah laku antisosial yang membawa kepada kejadian keganasan di

kawasan sekolah (Fortin, 2003). Antara banyak masalah, masalah buli merupakan

masalah yang dianggap serius walaupun ia hanya berlaku di kawasan sekolah.

Buli pada asasnya adalah penyalahgunaan kuasa. Ia adalah operasi

psikologikal atau fizikal yang berulang-ulang terhadap individu yang lemah oleh

individu atau kumpulan yang lebih berkuasa (Rigby, 1996). Menurut Tattum (1988)

pula perlakuan buli adalah kehendak atau keinginan untuk mencederakan mangsa

tersebut dalam situasi yang tertekan atau stress. Ianya diarahkan kepada individu

yang tidak berupaya untuk mempertahankan dirinya di dalam situasi sebenar

(Roland, 1993).

Perlakuan buli ini terjadi kerana ia didorong oleh beberapa faktor. Olweus

(1978), menyatakan faktor keluarga adalah yang paling signifikan berbanding faktor

yang lain. Antara faktor lain yang menyebabkan terjadinya perlakuan buli ini adalah

faktor diri pelajar, persekolahan, rakan sebaya dan persekitaran.

Page 22: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Misi Nasional yang dikemukakan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan

(RMK-9) bukan sahaja berpaksikan usaha merealisasikan Wawasan 2020 yang

tinggal hanya 12 tahun lagi, tetapi juga bertujuan untuk membina tamadun negara

yang dihuni oleh masyarakat berkeperibadian mulia di sebuah negara kelas pertama

menjelang tahun tersebut. RMK-9 mengakui bahawa modal insan berkualiti

merupakan objek paling penting untuk mencapai Misi Nasional ini. Pendidikan,

latihan dan pembelajaran sepanjang hayat akan menjadi kunci kejayaan sepanjang

proses tersebut. Kemahiran, pengetahuan dan keupayaan jika diadun bersama nilai

progresif, sikap positif serta adat tata susila masyarakat Timur, sudah pasti bangsa

Malaysia yang cintakan negara serta menghormati Perlembagaan dan Rukun Negara

akan dapat memastikan negara terus bersaing dalam dunia tanpa sempadan.

Sekolah dilihat mampu untuk membentuk, melentur serta membina modal

insan berjiwa Malaysia yang bersedia mengharungi cabaran masa depan bangsa dan

tanah air. Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara,

pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan

yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani

berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Kementerian

Pelajaran Malaysia, 2005).

Sekolah yang berkesan dan efektif adalah sekolah yang berupaya untuk

mengekalkan persekitaran yang selamat dan teratur untuk persekitaran pembelajaran

(Murphy et al., 1985). Beliau merujuk kepada keupayaan sekolah untuk

menyediakan suasana di mana pelajar, guru dan kakitangan sekolah adalah bebas

daripada ancaman bahaya yang boleh memudaratkan mereka serta harta benda

mereka di sekolah.

Page 23: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

4

Perlakuan jenayah yang semakin meningkat di kalangan remaja, khususnya

pelajar sekolah bukan sahaja membimbangkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak

yang bersekolah tetapi turut memberikan impak terhadap kredibiliti sekolah sebagai

agen kawalan sosial yang seharusnya berperanan dalam pembentukan moral dan

tingkah laku generasi muda (Azizi et al., 2005).

Walaubagaimanapun, beberapa kejadian yang melibatkan disiplin pelajar

menjadi isu yang sangat penting dan sering dibincangkan oleh pelbagai pihak. Kes

buli yang terjadi beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan betapa seriusnya

masalah disiplin di negara kita. Kes buli semakin menjadi-jadi di sekolah sehingga

dilaporkan bahawa terdapat 35 orang pelajar telah meninggal dunia dalam kejadian

buli yang berlaku sehingga Julai 2005 (Berita Harian, 31 Julai 2005).

Pada 28 mac 2005, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian

seorang pelajar tingkatan empat akibat mengalami pendarahan dalaman selepas

cedera parah dipukul dan dipijak oleh pelajar senior di Dom Osman, Asrama Putera

Sekolah Menengah Agama Dato Kelana Petra Maamor (SMADKPM), (Berita

Mingguan, 14 Julai 2005). Berikutan kes tersebut, Hakim Mahkamah Tinggi

Seremban, Datuk Azhar Maah, telah menjatuhkan hukuman penjara tanpa tempoh ke

atas lapan pelajar tingkatan lima SMADKPM pada 6 Ogos 2004.

Seterusnya diikuti pula dengan kes seorang pelajar tingkatan empat Sekolah

Menengah Kebangsaan pekan (SMKP) di Kuantan cedera dibelasah tujuh pelajar lain

dalam pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada sebatang rokok (Berita

Mingguan, 14 Julai 2005).

Pada 8 Ogos 2005, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah

di Bandar Bukit Besi, Dungun, Terengganu, Mohd Rizuan Mohd Hashim, 15 dibuli

oleh lima pelajar setingkatannya hingga cedera di beberapa bahagian badan (Berita

Harian, 23 Ogas 2005).

Page 24: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

5

Berita Harian, 23 Ogos 2005 juga melaporkan seorang pelajar tingkatan

empat Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan, Perak telah dibelasah oleh 10 pelajar

senior asrama sekolah tersebut menyebabkan mangsa yang berusia 16 tahun, patah

tangan kanan serta lebam di bahagian badan dan muka.

Lazimnya, perlakuan buli ini hanya akan disedari sekiranya mangsa

mengalami kecederaan ataupun kematian. Lazimnya, guru kurang menyedari

perlakuan buli berbanding dengan pelajar. Mereka juga percaya perlakuan buli ini

adalah dalam bentuk memukul, menyepak dan juga mencemuh (Ziegler dan

Rosenstein-Manner, 1991). Terdapat juga perlakuan buli yang tidak mengakibatkan

kecederaan fizikal tetapi memberi kesan kepada emosi mangsa. Perlakuan ini bukan

sahaja mendatangkan ketidak selesaan kepada mangsa malah boleh mengakibatkan

kecacatan fizikal serta trauma yang teruk.

Tindakan membuli mungkin dilakukan oleh individu atau kumpulan. Ia

secara umumnya termasuklah mencederakan orang lain, tolak-menolak, mengejek,

penyisihan, pemulauan, peras ugut, gangguan telefon, mengambil barang orang lain,

bergaduh, bertumbuk, mempersendakan orang lain dengan nama yang tidak elok atau

disukainya, mencela atau mencaci, merosakkan harta benda orang lain dan

mengancam (Tattum dan Lane, 1988).

Perlakuan buli ini terjadi tanpa mengira jantina samada lelaki mahupun

perempuan. Pelajar lelaki dilihat seakan-akan merasai kesan langsung untuk

mengalami tingkah laku buli secara fizikal manakala pelajar perempuan lebih

cenderung menggunakan tingkah laku buli secara verbal atau tingkah laku buli secara

tidak langsung seperti penyisihan sosial (Whitney dan Smith, 1993).

Besag (1989) menyatakan bahawa pelajar yang terlibat dalam perlakuan buli

semasa zaman sekolah adalah berpotensi untuk terlibat dalam kegiatan jenayah

apabila ia dewasa kelak. Oleh itu, masalah ini perlu diberi perhatian kerana jika ia

Page 25: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

6

semakin parah, generasi kita pada masa depan akan mengalami masalah sosial yang

serius.

Perlakuan buli di kalangan pelajar ini terjadi adalah disebabkan oleh beberapa

faktor. Antara faktor yang menyumbang kepada perlakuan buli adalah wujudnya

perasaan tidak selesa di dalam diri pelajar itu sendiri. Menurut Zulkifli Ismail (2004),

para pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah sebenarnya mengalami

masalah emosi yang berlainan seperti tekanan jiwa atau stress. Tekanan jiwa ini

wujud mungkin bermula dari dalam diri individu itu atau ia mungkin dicetuskan oleh

faktor-faktor luaran. Lazimnya, pelajar yang tidak dapat mengawal tekanan dan tidak

sabar akan mengatasi masalah mereka dengan melakukan sesuatu yang drastik

dengan harapan masalah mereka dapat diselesaikan atau dilupakan dengan segera.

Antara tindakan drastik yang sering dilakukan pelajar adalah merokok, menonton

televisyen berlebihan, mengusik kawan dan sebagainya.

Kajian-kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa remaja bermasalah

kebanyakannya adalah berlatar belakangkan keluarga yang bermasalah (Dishion

et.al, 1991). Fakta ini juga disokong dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh

Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1993) mendapati bahawa

punca salah laku di kalangan pelajar adalah disebabkan oleh pelbagai faktor. Faktor

keluarga merupakan penyumbang tertinggi dalam peningkatan tingkah laku anti

sosial. Kajian yang telah dijalankan pada tahun 1993, menunjukkan bahawa 81.03

peratus pelajar melakukan kesalahan kerana faktor kekeluargaan, 4.10 peratus

disebabkan oleh rakan sebaya dan 1.24 peratus disebabkan oleh faktor persekolahan

(Dewan Masyarakat, April, 1995).

Faktor persekolahan juga turut mendorong kepada masalah ini. Kajian yang

telah dijalankan oleh Charach, Pepler, dan Ziegler (1995) mendapati bahawa guru

jarang atau tidak pernah membincangkan tentang permasalahan perlakuan buli

kepada pelajar mereka di dalam bilik darjah. Kajian mereka juga mendapati bahawa

kakitangan sekolah mungkin melihat permasalahan perlakuan buli ini sebagai cerita

Page 26: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

7

atau perkhabaran yang tidak memudaratkan dan ianya tidak perlu diberi perhatian

melainkan gangguan verbal dan psikologikal tersebut melampaui batas sehingga

membawa kepada ancaman fizikal atau pergaduhan.

Disamping itu, persekitaran pelajar juga dapat mempengaruhi pelajar

melakukan kesalahan disiplin termasuklah perlakuan buli. Persekitaran merupakan

satu aspek yang luas dan banyak mempengaruhi tingkah laku seseorang pelajar.

Persekitaran meliputi penglibatan pelajar dalam kerja atau aktiviti sekolah, sokongan

dari ibu bapa, peranan masyarakat, media massa, rakan sebaya, budaya dan

sebagainya (Fortin, 2003).

Pengaruh rakan sebaya begitu kuat dalam pembentukan budaya remaja. Masa

yang lebih panjang bersama dengan rakan-rakan, samada di sekolah atau di luar

sekolah, mempangaruhi kognitif, afektif dan tingkah laku remaja yang akhirnya

membentuk norma yang tersendiri (Noraini Ahmad, 2000). Senario di mana ibu bapa

semakin sibuk mencari rezeki dan kurang memberi perhatian kepada anak-anak

menyebabkan golongan remaja ini sentiasa mencari rakan untuk berkongsi

kesedihan dan kegembiraan.

Masalah sosial dan jenayah juga semakin meningkat dan membimbangkan

kerana sekolah yang merupakan institusi sosial semakin renggang hubungannya

dengan masyarakat setempat (Abd Rahim, 2000). Menurut beliau juga, dalam banyak

hal, masyarakat setempat tidak diajak bekerjasama dengan pihak sekolah bagi

membanteras sebarang bentuk gejala sosial dan jenayah yang berlaku samada di

dalam sekolah mahupun di luar sekolah.

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di kalangan

pelajar sekolah. Antara faktor tersebut adalah faktor diri pelajar, faktor keluarga,

faktor persekitaran, faktor persekolahan dan faktor rakan sebaya.

Page 27: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

8

Faktor diri pelajar merujuk kepada sikap, perasaan serta emosi yang

mendorong pelajar melakukan perbuatan membuli. Ia juga merujuk kepada aspek

motivasi dalaman seseorang pelajar. Faktor keluarga pula merujuk kepada aspek

hubungan kekeluargaan antara pelajar dan ibu bapa, konflik dalam rumah tangga dan

gaya keibubapaan.

Faktor persekitaran merujuk kepada pengaruh media massa, sikap masyarakat

setempat serta budaya masyarakat yang mendorong pelajar melakukan perbuatan

membuli. Peraturan sekolah dan sikap guru adalah antara aspek yang dilihat di dalam

faktor persekolahan. Akhir sekali, kajian ini ingin melihat apakah rakan sebaya turut

mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar.

1.3 Pernyataan Masalah

Rentetan daripada latar belakang masalah tersebut, penyelidik ingin mengkaji

faktor yang mempengaruhi perlakuan buli dari sudut persepsi pelajar di Sekolah

Menengah Kebangsaan Kulai Besar. Faktor yang akan di kaji adalah faktor diri

pelajar, faktor keluarga, faktor persekitaran, faktor persekolahan dan faktor rakan

sebaya.

Page 28: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

9

1.4 Objektif kajian

Antara Objektif kajian ini adalah untuk :

1. Mengenalpasti sama ada faktor diri pelajar mempengaruhi perlakuan buli di

kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar.

2. Mengenalpasti sama ada faktor keluarga mempengaruhi perlakuan buli di

kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar.

3. Mengenalpasti sama ada faktor persekitaran mempengaruhi perlakuan buli di

kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar.

4. Mengenalpasti sama ada faktor persekolahan mempengaruhi perlakuan buli

di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar.

5. Mengenalpasti sama ada faktor rakan sebaya mempengaruhi perlakuan buli di

kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar.

1.5 Persoalan Kajian

1. Apakah faktor diri pelajar mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar

Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?

2. Apakah faktor keluarga mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar

Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?

Page 29: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

10

3. Apakah faktor persekitaran mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar

Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?

4. Apakah faktor persekolahan mempengaruhi perlakuan buli di kalangan

pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?

5. Apakah faktor rakan sebaya mempengaruhi perlakuan buli di kalangan

pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi pelajar mengenai faktor-faktor

yang mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar. Penyelidik menjalankan

kajian ini kerana menyedari bahawa terdapat banyak pihak yang perlu

bertanggungjawab dalam memastikan disiplin pelajar terkawal seterusnya berusaha

membanteras kejadian buli yang berlaku di sekolah pada hari ini.

Antara pihak yang dimaksudkan di sini adalah:

1. Pihak Sekolah

Kajian ini dapat dijadikan input yang berguna kepada pihak sekolah bagi

merangka kempen serta program interversi dan melaksanakannya di sekolah

untuk menangani masalah perlakuan buli ini. Ia juga dapat memberikan

pendedahan kepada pihak sekolah mengenai faktor-faktor perlakuan buli di

kalangan pelajar. Langkah pencegahan yang baik juga dapat di wujudkan

setelah faktor-faktor perlakuan buli ini dikenal pasti. Seterusnya pihak

sekolah perlu sentiasa memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di

sekolah berjalan dengan lancar dan lebih berkesan.

Page 30: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

11

2. Ibu bapa

Kajian ini boleh dijadikan rujukan dan panduan oleh ibu bapa bagi mengatasi

masalah buli di kalangan pelajar. Selain itu, kajian ini juga membantu ibu

bapa memahami tingkah laku anak-anak. Ia penting kerana ibu bapa perlu

sentiasa memastikan anak-anak mereka belajar dalam keadaan selamat dan

tidak terlibat dengan perlakuan buli. Ibu bapa turut bertanggungjawab

menyediakan persekitaran rumah yang selesa dan menjaga hubungan

kekeluargaan yang baik supaya anak-anak dapat merasakan kasih sayang dari

setiap ahli keluarga.

3. Pihak Guru

Guru merupakan pihak yang paling dekat dengan pelajar ketika mereka di

sekolah. Tugas guru bukan sahaja menyampaikan ilmu malah mereka juga

bertanggungjawab membentuk sahsiah pelajar. Kajian ini membolehkan guru

mengenalpasti dan memahami perlakuan pelajar serta memberi perhatian

terhadap pelajar-pelajar yang berpotensi terlibat dalam perlakuan buli ini.

Guru juga boleh membantu dalam menangani perlakuan buli ini dengan

pelbagai cara yang boleh diterima oleh pelajar.

4. Para Pelajar

Kajian ini juga penting kepada pelajar kerana melalui kajian ini, pelajar dapat

mengetahui maksud perlakuan buli yang sebenarnya serta dapat memberikan

kesedaran kepada mereka mengenai tingkah laku yang tidak patut mereka

lakukan. Melalui kajian ini juga, pelajar dapat membantu rakan mereka yang

terlibat dengan perlakuan buli.

5. Penyelidik

Bagi pihak penyelidik pula, kajian ini penting bagi membantu penyelidik

mengenalpasti serta memahami faktor-faktor yang mendorong kepada

perlakuan buli di kalangan pelajar. Kajian ini juga berguna kepada penyelidik

kerana ia dapat dijadikan panduan untuk penyelidik menjadi guru yang

berkesan dalam melahirkan para pelajar cemerlang dari segi akademik dan

mempunyai sahsiah yang tinggi.

Page 31: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

12

1.7 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini hanya menfokuskan kepada persepsi pelajar mengenai faktor-

faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai

Besar. Oleh itu ia masih tidak dapat mencari penyelesaian terhadap masalah

perlakuan buli ini.

Selain itu, responden adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat

di Sekolah Menengah Kebagsaan Kulai Besar. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak

dapat mewakili keseluruhan pelajar sekolah menengah di negara ini.

1.8 Terminologi

1.8.1 Persepsi

Persepsi merujuk kepada gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran. Ia

juga membawa maksud pandangan atau tanggapan (Kamus Dewan, 2002). Dalam

kajian ini, persepsi merujuk kepada pandangan pelajar mengenai faktor-faktor yang

mendorong kepada perlakuan buli.

Page 32: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

13

1.8.2 Pelajar

Pelajar bermaksud orang yang belajar atau orang yang mengaji (Kamus

Dewan, 2002). Dalam kajian ini, pelajar yang dimaksudkan adalah pelajar-pelajar

tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar, Johor.

1.8.3 Faktor

Menurut Kamus Dewan (2000), faktor merupakan unsur atau punca yang

menyumbang kepada sesuatu. Faktor juga merujuk kepada perkara yang

mengakibatkan sesuatu yang lain (Kamus Dwi Bahasa, 2001). Kamus Melayu Global

(1997) pula mendefinisikan faktor sebagai punca keadaan yang dapat menpengaruhi

dan mengubah sesuatu yang lain. Di dalam kajian ini, faktor merujuk kepada unsur

yang mempengaruhi pelajar untuk melakukan kesalahan buli.

1.8.4 Mempengaruhi

Menurut Kamus Dewan (2003), mempengaruhi adalah menguasai,

berpengaruh keatas serta menggunakan pengaruh kepada sesuatu. Mempengaruhi

juga boleh didefinisikan sebagai menghasut, mempergunakan pengaruh yang ada

untuk kepentingan diri sendiri (Kamus Dwi Bahasa, 2001). Di dalam kajian ini,

perkataan mempengaruhi merujuk kepada unsur-unsur yang menyumbang kepada

perlakuan buli.

Page 33: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG … · pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dalam senario pendidikan

14

1.8.5 Perlakuan Buli

Kamus Dewan (2002) mendefinisikan perlakuan buli sebagai satu perbuatan

mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan

suasana yang baru. Ia juga merujuk kepada sesuatu perbuatan mempermainkan

orang, biasanya orang yang lemah dengan tujuan untuk menggertak atau menakutkan

orang berkenaan.

Tindakan membuli secara umumnya termasuklah mencederakan orang lain,

tolak-menolak, mengejek, penyisihan, pemulauan, peras ugut, mengambil barang

orang lain, bergaduh, bertumbuk, mempersendakan orang lain dengan nama yang

tidak elok atau disukainya, mencela atau mencaci, merosakkan harta benda orang

lain dan mengancam (Tattum dan Lane, 1988). Dalam kajian ini, perlakuan buli

merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh pelajar samada mencederakan atau

mempersendakan orang lain dan mempermainkan orang yang lebih lemah.

1.9 Penutup

Sememangnya masalah perlakuan buli ini semakin serius dan perlu ditangani

dengan segera. Sebelum mencari penyelesaiannya, faktor-faktor yang mempengaruhi

perlakuan buli perlu dikenal pasti agar pihak yang bertanggungjawab dapat mencari

jalan penyelesaian yang sepatutnya. Kajian ini dapat membantu mengenal pasti

faktor-faktor perlakuan buli seterusnya dapat mengelakkan masyarakat menuding jari

kepada pihak-pihak tertentu apabila masalah perlakuan buli ini timbul.