PEMBINAAN MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH … · 2008-05-01 · Universiti Teknologi Malaysia...

27
PEMBINAAN MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR TAHUN SATU FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD SUHAIMI BIN KHALID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PEMBINAAN MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH … · 2008-05-01 · Universiti Teknologi Malaysia...

PEMBINAAN MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR

TAHUN SATU FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA

MOHD SUHAIMI BIN KHALID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS υ

JUDUL :

PEMBINAAN MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR TAHUN SATU FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya MOHD SUHAIMI BIN KHALID

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD

(HURUF BESAR)

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

TN. HJ. HASSAN BIN HUSHIN

NO. 44, KM 14 JALAN DATUK KUMBAR, 05300 ALOR STAR KEDAH. Tarikh: _28 APRIL 2008______ Tarikh: _28 APRIL_2008_____

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

iVO PC
Line

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”

Tandatangan : .......................................................

Nama Penyelia : TN. HJ HASSAN BIN HUSHIN

Tarikh : 28 APRIL 2008

PEMBINAAN MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR TAHUN SATU FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA

MOHD SUHAIMI BIN KHALID

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ..............................................................

Nama Penulis : MOHD SUHAIMI BIN KHALID

Tarikh : 28 APRIL 2008

iii

DEDIKASI

Dipanjatkan kesyukuran buatNya yang mengizinkan segala sesuatu..........

Untuk ayah dan ibu

Khalid bin Hj.Othman dan Sidqiah Binti Hj.Ahmad

Doa restu, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku

Terima kasih ayah dan ibu

Untuk Mertuaku

Che Mat Bin Che Hassan dan Siti Zainab Binti Hamat

Doa restu dan kepercayaan kalian menambah keyakinan diri ini

Terima atas keyakinan dan restu untuk ku

Buat isteri tersayang

Che Rosnorani Che Mat

Terima kasih atas kesabaran,

Sokongan dan pengorbanan yang tidak ternilai hatta dengan wang ringgit sekalipun

Dan

Anakku

Iman Hanif B. Mohd Suhaimi

Semoga kejayaan ini dapat mendorong jati diri mu

Untuk mencapai kejayaan hingga ke menara gading.

Serta

Ahli keluarga ku yang memberi sokongan padu dalam mengharungi perjuangan ini

Tidak ku lupa jua sahabat-sahabat seperjuangan

PKPG SPH 2005/2008

Yang sama-sama mengharungi liku-liku di persada ini

Menuju puncak kejayaan bersama

“KEJAYAAN ITU TIDAK AKAN DAPAT TANPA USAHA

DAN

USAHA ITU TIDAK AKAN BERKAT TANPA DOA....”

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan segala

pujian untuk Allah s.w.t serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah

s.a.w. Alhamdulillah, berkat rahmat dan keizinan-Nya yang telah memberi semangat dan

ketenangan kepada saya dalam menyiapkan projek pembinaan modul program ini bagi

memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

Kemahiran Hidup.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya kalungkan kepada

penyelia saya, Tn. Hj. Hassan Bin Hushin yang telah banyak memberi bimbingan,

tunjuk ajar, nasihat dan motivasi yang amat berguna dalam usaha untuk

menyempurnakan projek ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya

jadikan sebagai panduan dan pegangan dalam meneruskan cabaran hari mendatang.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Tn. Hj. Zainuddin Bin Hassan kerana

membimbing saya dalam membina modul sahsiah dengan jayanya. Segala

pandangannya amat saya hargai. Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah yang

pernah membimbing, rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang terlibat secara

langsung dalam menyiapkan modul ini, semoga segala jasa baik yang diberikan

mendapat keberkatan di dalam kehidupan kalian semua, InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

v

ABSTRAK

Para pelajar merupakan aset yang amat berharga bagi kecemerlangan negara

pada masa akan datang. Keupayaan mereka mengimbangi pembangunan sahsiah yang

sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya

merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Projek ini adalah berkaitan dengan

pembinaan modul Program Pembangunan sahsiah Pelajar Tahun Satu Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia sebagai panduan Jawatankuasa First Year

Experience (FYE) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Modul ini dibina

berdasarkan kepada dua kajian yang telah dijalankan bertajuk “Tinjauan Mengenai

Kategori Masalah Dengan Demografi Di kalangan Pelajar Tahun Satu Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Berasaskan Mooney Problem Check List

(MPCL)” oleh Noriasah (2006) dan kajian bertajuk “Pilihan Dan Bentuk Aktiviti

Program Pembangunan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia: Satu Tinjauan” oleh Ahmad Nawawi (2007). Modul ini dibina berdasarkan

model Drum (1981) yang menekankan tiga unsur asas pendekatan perancangan program

untuk dimuatkan ke dalam kerangka program yang dibina mengikut piawaian Standard

Guru Malaysia (SGM) yang masih dalam peringkat cadangan oleh Bahagian Pendidikan

Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Diharap modul ini akan dapat membantu pihak

Jawatankuasa FYE Fakulti Pendidikan UTM menjalankan program dengan lebih lancar

agar pelajar akan mendapat pelbagai maklumat tentang suasana sebenar kehidupan

sebagai seorang mahasiswa universiti serta dapat meningkatkan sahsiah diri.

vi

ABSTRACT

Students are the nation’s most important assets for future excellence. Their

ability to balance moral development as prescribed in religious teaching and traditional

values adopted within society to the intellectual development are an indicator of success

to the society and the country. The aim of this project was to develop a module about

Student Moral Development Program for First Year students in Faculty of Education,

Universiti Teknologi Malaysia. This module will be used as a guide to the First Year

Experience (FYE) Committee, Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia to

perform the program for First Year Students. This module was develop based on the

suggestion from two research entitled “The Survey Of Problem Category With

Demography Among First Year Student of Education Faculty Universiti Teknologi

Malaysia Based On Mooney Problem Check List (MPCL)” conducted by Noriasah Binti

Othman Teng (2006) and the second entitled “The Selection and Student Development

Program Activity By First Year Student Education Faculty of Universiti Teknologi

Malaysia” conducted by Ahmad Nawawi Bin Adnan (2007). The module of the program

has been developed using Drum (1981) model that propose a three step approach to

program planning. This model was then included into the program framework based on

the Malaysian Teacher’s Standard proposed by the Teacher’s Education Department,

Ministry of Education. This module will help the FYE Committee, Faculty of Education

UTM to implement this program to the First Year Student to make them realist and

survive the real life of the university.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

STATUS PENGESAHAN TESIS

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 3

1.3 Objektif Pembangunan Modul 6

1.4 Kepentingan Pembinaan Modul 7

1.5 Skop Pembangunan Modul 7

1.6 Faedah Pembangunan Modul 8

1.7 Definisi istilah 8

1.8 Kesimpulan 9

viii

BAB 2 SOROTAN PENULIS

2.1 Pengenalan 11

2.2 Kajian-Kajian Yang Berkaitan 11

2.3 Teori-Teori Perkembangan Sahsiah 15

2.3.1 Teori Perkembangan Diri 15

2.3.2 Teori Perkembangan Psikoanalisis 17

2.3.3 Teori Perkembangan Kognitif 18

2.3.4 Teori Perkembangan Psikososial 20

2.3.5 Teori Keperluan Manusia ( Humanistik ) 21

2.3.6 Teori Hubungan Manusia Dengan

Tingkah laku 22

2.3.7 Teori Perkembangan Identiti 24

2.4 Kesimpulan 27

BAB 3 METODOLOGI REKABENTUK MODUL

3.1 Pengenalan 28

3.2 Skop Modul 29

3.2.1 Matlamat Modul 29

3.2.2 Objektif Modul 30

3.2.3 Kumpulan Sasaran 30

3.2.4 Kandungan Modul 30

3.2.5 Jangka Masa Program 30

3.3 Proses Pembinaan Modul Pembangunan

Sahsiah Pelajar 31

3.3.1 Kaedah Mengumpul Maklumat Dan Data 31

3.3.2 Tujuan Dan Matlamat Program 32

3.3.3 Sasaran Program 34

3.3.4 Kaedah Yang Dijalankan 35

ix

3.3.5 Kaunseling 36

3.3.5 Khidmat Nasihat Dan latihan 37

3.3.6 Media 37

3.3.7 Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber 38

3.4 Kesimpulan 38

BAB 4 KERANGKA PROGRAM

4.1 Pengenalan 39

4.2 Rasional 40

4.3 Matlamat Program 44

4.4 Objektif Program 45

4.5 Pembentukan kerangka Program 45

4.5.1 Komponen Program 46

4.5.2 Elemen 46

4.5.3 Kaedah 47

4.5.4 Kumpulan Sasaran 47

4.5.5 Masa Pelaksanaan 48

4.5.6 Agensi Pelaksana 48

4.5.7 Strategi Pelaksanaan 49

4.6 Pembangunan Reka Bentuk Program 51

4.6.1 Pengenalan 51

4.6.2 Program Welcome Week 51

4.6.2.1 Matlamat Program 52

4.6.2.2 Objektif Program 52

4.6.2.3 Kumpulan Sasaran 53

4.6.2.4 Jangka Masa Pelaksanaan Program 53

4.6.3 Tentatif Program Pembangunan

Sahsiah 55

4.7 Kesimpulan 56

x

BAB 5 HASILAN MODUL

5.1 Pengenalan 57

5.2 Matlamat Am Modul 58

5.3 Objektif Am Modul 59

5.4 Kandungan Modul 59

5.4.1 Tajuk 59

5.4.2 Matlamat Khusus 61

5.4.3 Objektif Khusus 61

5.4.4 Alatan 62

5.4.5 Masa 63

5.4.6 Kaedah 63

5.4.7 Kandungan 63

5.4.8 Latihan Dalam kumpulan 64

5.5 Kesimpulan 64

BAB 6 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

6.1 Pengenalan 65

6.2 Rumusan 65

6.2.1 Rumusan Kerangka Program 66

6.2.2 Rumusan Modul 67

6.2.3 Rumusan Keseluruhan 68

6.3 Perbincangan 70

6.4 Cadangan 71

6.4.1 Cadangan Kepada Fakulti Pendidikan 72

6.4.2 Cadangan Kepada Penasihat Akademik 72

6.4.3 Cadangan Kepada Pentadbiran Universiti 73

6.4.4 Cadangan Memurnikan Modul 73

6.5 Penutup 74

BIBLIOGRAFI 76

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Jumlah pelajar tahun satu mengikut program 5

4.1 Kerangka program pembangunan sahsiah pelajar 50

4.2 Cadangan tentatif program pembangunan sahsiah 55

xii

SENARAI RAJAH

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

6.1 Rangka Pembinaan Modul Program

Pembangunan Pelajar 69

xiii

SENARAI SINGKATAN

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

IPT - Institut Pengajian Tinggi

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

HEP - Hal Ehwal Pelajar

MPP - Majlis Perwakilan Pelajar

MPCL - Mooney Problem Check List

SGM - Standard Guru Malaysia

MHS - Minggu Haluan Siswa

PA - Penasihat Akademik

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Modul Pembangunan Sahsiah Pelajar Tahun Satu

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. 80

B Surat Pengesahan Pembinaan Modul dari

Tn. Hj. Zainuddin Bin Hassan 81

C Surat Memohon Enrolmen Pelajar Fakulti Pendidikan

Tahun 2007/2008 82

D Surat Akuan Pelajar 83

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan secara keseluruhannya ialah suatu proses mereka bentuk

kebolehan dan sikap manusia. Proses ini berlaku membolehkan seseorang individu

memperoleh keyakinan dan pertumbuhan kendiri. Dalam mengejar cita-cita pelajar

akan berusaha memperbaiki diri dalam pelajaran dan berhasrat untuk melanjutkan

pelajaran ke universiti dalam peredaran usia yang meningkat dewasa. Ini bertujuan

bagi menyediakan diri mereka dalam menghadapi cabaran masa akan datang sama

ada sebagai pemimpin, pekerja swasta ataupun sebagai seorang usahawan. Bagi

menyediakan diri ke arah ini mereka akan memohon memasuki ke universiti selepas

mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam yang sedia ditawarkan oleh

Kementerian Pelajaran seperti SPM, STPM, Diploma dan sebagainya. Sesebuah

negara yang mempunyai sistem pendidikan yang dijalankan secara terancang dan

sistematik terhadap perkembangan jasmani dan rohani bagi tujuan melengkapkan

kehidupan seseorang dengan sempurna.

Ini dapat dilihat pentingnya sesebuah Institut Pengajian Tinggi kepada

masyarakat pada masa kini. Boleh dikatakan sesiapa yang dapat memasuki ke IPT

adalah dipandang tinggi oleh masyarakat. Ada antara ibu bapa yang sanggup

meraikan kejayaan anak-anak mereka yang dapat memasuki mana-mana IPT awam

di negara kita dengan majlis tertentu seperti kenduri dan sebagainya. Pendidikan

2

tinggi di IPT telah dikaitkan dengan usaha menukar status seseorang kepada manusia

yang berdarjat tinggi dalam masyarakat, persediaan menceburi kerjaya elit, ada yang

menganggap kemuncak pencapaian jika dapat memasuki ke Universiti dan proses

terakhir persekolahan. Ini dapat di sokong dengan jumlah kemasukan ke IPTA tahun

ini meningkat dengan ketara, di mana sejumlah 40116 orang telah ditawarkan

melanjutkan pelajaran bagi sesi 2007/2008, daripada jumlah itu seramai 4,061 pelajar

termasuk 100 orang pelajar antarabangsa yang mengikuti pengajian di peringkat

Sarjana Muda ditempatkan di UTM Skudai, Johor ( Skudai Post Online ) . Namun

adakah mereka memberi bekalan rohani dan jasmani yang secukupnya kepada anak-

anak untuk menghadapi rencah kehidupan sebagai siswa siswi sebuah universiti yang

berhadapan pelbagai pengalaman dan dugaan baru di samping berjauhan dengan

keluarga.

Dalam usaha menyempurnakan seseorang pelajar dengan ilmu pengetahuan

dari segi ilmu akademik tidak terlepas dengan gelora dunia pendidikan yang pelbagai

warna. Oleh yang demikian pelajar yang baru menjejakkan kaki kali pertama dalam

dunia pendidikan di institusi pengajian tinggi mungkin akan terasa begitu sukar

dalam melayari kehidupan sebagai mahasiswa dan mahasiswi pada abad ini yang

penuh dengan pelbagai dugaan. Apabila mereka yang baru belajar untuk hidup

berdikari akan mengalami gejolak jiwa jika tidak biasa berjauhan dengan keluarga

dan tidak pernah menguruskan diri mereka sepenuhnya sendirian tanpa bantuan ibu

bapa. Bagi mereka yang biasa mungkin tidak begitu terasa dengan perubahan

suasana yang begitu asing bagi mereka.

Dengan itu, pelajar ini adalah satu aset yang sangat penting dalam mewarisi

apa yang telah di capai oleh negara sehingga ke hari ini dan merekalah yang akan

melakar sejarah dan kecemerlangan pada masa akan datang. Oleh yang demikian

pembangunan sahsiah yang sempurna dalam diri mereka seperti yang disyariatkan

oleh agama dan norma-norma budaya dalam masyarakat dengan pembangunan

intelektual merupakan satu kejayaan yang cemerlang kepada masyarakat dan negara.

Bagi institusi ilmu seperti universiti, pelajar adalah satu aset yang penting bagi

menggambarkan kewibawaan dan kecemerlangan sesebuah institusi itu di mata

masyarakat bertapa kemenjadian pelajar yang dididik oleh institusi tersebut.

3

Seperti yang telah umum ketahui kecemerlangan pelajar dalam akademik

perlu diimbangkan dengan kecemerlangan sahsiah individu dan penglibatan yang

aktif dalam segenap aktiviti yang diadakan bagi melahirkan seorang pelajar yang

serba boleh dan bertaraf dunia. Sesuai dengan slogan yang sering di ucapkan oleh

pemimpin-pemimpin negara iaitu menjadi “cemerlang gemilang dan terbilang”.

Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menekankan matlamat menjadikan

pendidikan sebagai asas pembangunan negara dari sudut pembangunan yang

seimbang antara material emosi dan jasmani serta intelektualisme individu.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pembangunan pelajar di institusi pengajian tinggi adalah penting semenjak

mereka melangkahkan kaki pada hari pertama lagi di kampus. Pembangunan pelajar

didefinisikan sebagai pengetahuan mengenai teori-teori pembelajaran yang

dipraktikkan di dalam pembelajaran, pembangunan dan pengkajian dengan

pemikiran, emosi, budaya, sikap, jasmani, personaliti, dan pendedahan kepada

kehidupan pelajar (Brown, 1980) dalam (Mohd Ismail, 2005). Pembentukan

kumpulan-kumpulan kecil di universiti dapat memperlihatkan perkembangan

pergaulan pelajar dalam usaha menyelesaikan masalah yang timbul semasa pengajian

mereka. Oleh yang demikian program pembangunan pelajar adalah sangat penting

diterapkan kepada pelajar tahun satu supaya mereka tidak hilang arah untuk melayari

pengajian mereka dalam jangka masa panjang yang kebanyakan memakan masa

pengajian tiga hingga empat tahun.

Pengalaman yang dilalui oleh seseorang itu amat penting dalam proses

pembelajaran. Ianya amat berguna untuk membawa perubahan kepada sikap dan

tingkah laku seorang pelajar dalam menghadapi satu pembelajaran (Sulaiman,

1996). Dalam konteks ini, pelajar-pelajar perlu mengetahui serta mengamalkan

sistem atau gaya pembelajaran yang betul. Dalam usaha untuk mempertingkatkan

prestasi pelajar, pelbagai usaha boleh diambil oleh pihak institusi pengajian tinggi

untuk memantau pelajar tahun satu melayari pembelajaran yang sempurna dalam

4

alam suasana kampus yang berbeza daripada suasana pembelajaran peringkat

menengah, antaranya seperti motivasi pelajar, ceramah pengurusan, hari bersama

majlis perwakilan pelajar (MPP), program mengenali kampus dan sebagainya.

Berdasarkan penyataan latar belakang masalah di atas jelas menunjukkan

tidak ada lagi usaha-usaha untuk membina program-program yang dirancang khas

untuk pelajar tahun satu di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Oleh

yang demikian dengan merujuk kepada masalah dan dapatan kajian yang dijalankan

oleh penyelidik yang lepas seperti Ahmad Nawawi (2007) pengkaji akan merangka

dan membina struktur modul program pembangunan pelajar dari segi sahsiah pelajar,

mengikut kesesuaian pelajar-pelajar tahun satu di kampus UTM skudai. Ini bagi

membolehkan pihak pentadbir menggunakannya untuk program-program khasnya

untuk Fakulti Pendidikan.

Program yang akan dirancang hendaklah melibatkan pelbagai sudut seperti

akademik dan kerohanian supaya mereka muncul sebagai pelajar yang seimbang dari

segenap sudut pembelajaran dan kemahiran dalam melahirkan insan yang cemerlang

gemilang dan terbilang. Seperti yang sering kita dengar di media massa tentang

keruntuhan akhlak pelajar kian menjadi-jadi pada masa kini, seperti melahirkan anak

luar nikah, terlibat dengan kumpulan pengganas, membunuh rakan dan sengainya.

Kalau mengikut dari segi logiknya mereka ini kadang-kadang tidak sepatutnya

terlibat dengan masalah sedemikian kerana mereka adalah pelajar-pelajar yang

pintar, tetapi dengan perubahan persekitaran mereka tidak dapat menyerapkan

perubahan mendadak dalam pergaulan sosial dan tidak berupaya menepis cabaran

sebagai pelajar IPT apabila ilmu berkaitan kerohanian kurang dalam dada. Selain itu

ada yang masih terikut-ikut budaya pembelajaran seperti di peringkat menengah,

seperti menyalin sahaja nota yang disampaikan guru dan tidak berkemahiran dalam

mencatat nota.

Dalam konteks ini Universiti Teknologi Malaysia mempunyai banyak fakulti

di dalamnya untuk mengawal dan menyediakan program yang menyeluruh adalah

sangat sukar. Namun begitu dengan batuan pihak tertentu seperti MPP dan HEP

5

program yang dirancang dengan baik mengikut kesesuaian kepada pelajar. Namun

begitu program yang dijalankan mestilah selaras dengan misi dan visi universiti.

Dalam Fakulti Pendidikan sendiri terdapat pelbagai jabatan yang membentuk insan

sebagai bakal guru yang cemerlang dari segi intelek dan rohaninya. Oleh yang

demikian program yang dijalankan mesti bersesuaian dengan pelajar yang dibentuk

menjadi seorang tenaga pendidik pada masa akan datang.

Mengikut enrolmen pelajar tahun satu yang mendaftar sesi 2007/2008

terdapat seramai 308 orang pelajar. Jumlah ini merangkumi sepuluh kursus yang di

tawarkan oleh Fakulti Pendidikan yang melibatkan lima jabatan iaitu :

i. Jabatan Asas Pendidikan

ii. Jabatan Pendidikan Sains Dan Matematik

iii. Jabatan Multimedia Pendidikan

iv. Jabatan Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan

v. Jabatan Pendidikan Sosial

Pada pengambilan sesi 2007/2008, 10 kursus yang ditawarkan itu ialah

seperti pecahan dalam jadual berikut :

Jadual 1.1 : Jumlah pelajar tahun satu mengikut program

Bil Kursus Pelajar Tahun 1

1 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan

Elektrik)

20 orang

2 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)

20 orang

3 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) 42 orang

4 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) 40 orang

6

5 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL) 31 orang

6 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) 108 orang

7 Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia) 12 orang

8 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia) 11 orang

9 Sarjana Muda Sains dan Matematik Serta Pendidikan (Fizik) 7 orang

10 Sarjana Muda Sains dan Matematik Serta Pendidikan (Kimia) 17 orang

Jumlah Keseluruhan 308 orang

Sumber : Pejabat Akademik, Fakulti Pendidikan UTM (2007)

Dalam melaksanakannya pembangunan pelajar ini terdapat pelbagai program

yang dapat dilakukan oleh pihak universiti, seperti yang telah di kemukakan oleh

Ahmad Nawawi (2007) beliau telah mengkategorikan program pembangunan kepada

lima iaitu :

i. Sahsiah

ii. Kepimpinan

iii. Pembangunan akademik dan kerjaya

iv. Pembangunan sukan dan riadah

v. Pembangunan masyarakat

1.3 Objektif Pembangunan Modul

Modul ini dibina bertujuan membantu pihak pengurusan dalam

mengendalikan program-program yang dijalankan melibatkan pelajar-pelajar tahun

satu.

7

Antara objektif khusus ialah:

i. Membantu pelajar yang menghadapi masalah pada peringkat

awal untuk menyesuaikan diri di alam kampus.

ii. Membantu pelajar menyelesaikan masalah mereka dalam

pembelajaran pada tahun pertama.

iii. Membantu pelajar meningkatkan jati diri mereka dan

mengamalkan gaya hidup sihat.

iv. Membantu pelajar menjadi seorang insan yang cemerlang

dalam semua aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek.

1.4 Kepentingan Pembangunan Modul

Daripada pembangunan modul ini dapat memberi sumbangan kepada pihak

pentadbir universiti untuk menjalankan satu program yang dapat menyelesaikan

masalah sosial pelajar bagi meningkatkan sahsiah pelajar seterusnya meningkatkan

pencapaian akademik mereka dan menjadi seorang siswa yang unggul.

1.5 Skop Pembangunan Modul

Modul ini mencakupi beberapa jenis program yang dicadangkan untuk

membantu meningkatkan sahsiah di kalangan pelajar tahun satu fakulti pendidikan

secara khususnya dan pelajar tahun satu UTM amnya. Antara program yang telah

dicadangkan oleh saudara Ahmad Nawawi dalam kajiannya yang berkaitan dengan

sahsiah ialah :

8

i. Ceramah keagamaan

ii. Kaunseling

iii. Pembimbing rakan sebaya

iv. Motivasi

1.6 Faedah Pembangunan Modul

Selepas pembangunan modul ini selesai dijangkakan :

i. Dapat menjadi panduan kepada pihak yang berkaitan dalam

menjalankan aktiviti yang melibatkan pelajar tahun satu.

ii. Dapat menjadi modul yang dapat digunakan di mana-mana

institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia.

1.7 Definisi/Istilah

Bahagian ini membincangkan secara terperinci maksud tajuk modul yang

akan dibangunkan ini agar pembaca dapat gambaran yang jelas mengenainya.

Sahsiah atau personaliti mengikut istilah bermaksud keperibadian atau

peribadi (Kamus Dewan, 2001). Sahsiah juga merujuk kepada sistem kecenderungan

bertingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang

tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari (Siti

Fatimah, 1993).

9

Kagan (1988) mentakrifkan sahsiah sebagai corak perilaku keseluruhan

seseorang individu yang merangkumi cara dia berfikir, berasa, bertingkah laku dan

cara berhubungan dengan alam sekitar.

Menurut EE Ah Meng (1997) sahsiah merujuk kepada pembentukan

psikologi seseorang individu secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai,

kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai.

Daripada definisi di atas, dapatlah dirumuskan bahawa sahsiah merujuk

kepada perwatakan dan tindakan individu bergantung kepada keadaan, situasi dan

juga persekitaran. Sahsiah manusia boleh diperhatikan, dikenal pasti dan seterusnya

boleh diperihalkan (Asmah dan Herman, 1995).

“Pelajar” menurut kamus dewan ialah orang yang belajar seperti, murid

sekolah, penuntut maktab, penuntut universiti atau orang yang mengkaji ilmu. Pelajar

dalam pembangunan modul ini melibatkan pelajar tahun satu di fakulti pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia Skudai.

“Universiti” mengikut kamus dewan bermaksud institusi pendidikan tinggi

dan pengajian yang menawarkan ijazah akademik di pelbagai peringkat.

“Modul” mengikut penulisan ini ialah satu panduan yang dapat digunakan

oleh pihak pentadbiran di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, untuk

melaksanakan program pembangunan pelajar.

1.8 Kesimpulan

Pembangunan pelajar di Malaysia ini adalah sangat baru tidak seperti di pusat

pengajian tinggi di luar negara yang sudah lama diadakan atau dilaksanakan.

Memahami sejarah pembangunan pelajar di Malaysia adalah penting dalam

merangka sesuatu program yang akan dijalankan supaya mengikut norma-norma

10

persekitaran budaya berbilang kaum. Mengiktiraf peranan, sumbangan dan kejayaan

Institusi Pengajian Tinggi ke arah pembangunan fizikal negara, serta bertindak

dengan sewajarnya dalam menghasilkan graduan yang berkualiti dengan mengambil

kira keperluan industri dan pelanggan. Mewujudkan satu platform bagi tenaga

akademik dan badan profesional bagi memperkenalkan dan membentangkan hasil

pengalaman dan berkongsi kaedah atau cara pengendalian pembangunan pelajar

dengan teori-teori yang bersesuaian serta model-model yang relevan dengan situasi

IPT di negara ini. Melihat ke hadapan peranan dan cabaran institusi pengajian tinggi,

industri dan badan profesional dalam era globalisasi dalam mencapai Wawasan 2020.