JUDUL HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN … · kolerasi berdasarkan kerangka Teori...

25
PSZ 19:16(Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS υ JUDUL : SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya SITI NOORAZZURA BINTI AHMAD HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN KURSUS DI KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN ELEKTRIK mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh (HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. FAIZAH BTE ABD GHANI Nama Penyelia NO. F12, KAMPUNG JAWA 0600 YAN KEDAH DARUL AMAN. Tarikh: Tarikh: CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Transcript of JUDUL HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN … · kolerasi berdasarkan kerangka Teori...

Page 1: JUDUL HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN … · kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS υ JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya SITI NOORAZZURA BINTI AHMAD

HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN KURSUS DI KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA

PENDIDIKAN ELEKTRIK

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(HURUF BESAR)

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

DR. FAIZAH BTE ABD GHANI

Nama Penyelia

NO. F12, KAMPUNG JAWA 0600 YAN KEDAH DARUL AMAN.

Tarikh: Tarikh: CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: JUDUL HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN … · kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)”.

Tandatangan : .........................................

Nama Penyelia : Dr.Faizah Bte Abd Ghani

Tarikh : ........................................

Page 3: JUDUL HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN … · kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan

iii

HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN KURSUS DI

KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA

PENDIDIKAN ELEKTRIK

SITI NOORAZZURA BINTI AHMAD

Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 4: JUDUL HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN … · kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan

iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ...............................................

Nama Penulis : Siti Noorazzura binti Ahmad

Tarikh : ..............................................

Page 5: JUDUL HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN … · kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan

v

DEDIKASI

Teristimewa buat ibunda tercinta, Zahrah binti Othman (MAK)...,

Dan Allahyarham Ayahandaku Ahmad bin Said (ABAH)...,

(walaupun dirimu tidak dapat menatap kejayaan anakmu ini)

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas doa restu serta kasih sayang yang diberikan

kepadaku..serta kerana telah banyak memberi dorongan dan sokongan sejak kaki ini mula

menjejak ke alam persekolahan sehinggalah sekarang...

Sudi berkongsi susah senang walau apa jua terjadi...

Buat abang-abang, kakak-kakak serta anak saudaraku,

Ismail, Zainudin, Zahari, Siti Rosmaza, Siti Aishah, Nur Amani Husna,Muhammad Alif

Hazmi,

Jutaan terima kasih kerana sentiasa memberikan sokongan dan semangat kepadaku...

Buat semua ahli keluarga,

Terima kasih di atas segalanya...jasa anda dikenang..

Buat tunang yang disayangi,

Muhammad Azhar bin Mohamad Yusop,

Terima kasih di atas segala dorongan, sokongan dan sentiasa memahami...

Buat Dr.Faizah serta Pensyarah-pensyarah UTM,

Buat teman-teman,

Jasa anda terlu besar sepanjang penulisan...tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan...

Sehingga dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini...

Dan ketika menjalani kehidupanku di UTM ini...

Dan kepada orang perseorangan yang terlibat secara lansung atau tidak langsung...

Terima kasih, semoga jasa anda diberkati Allah S.W.T...

KepadaMu jua Ya Allah ku mohon kesejahteraan, kemuliaan dan kekuatan agar termakbul

segala cita-cita……..Amin..

Page 6: JUDUL HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN … · kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan

vi

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia, taufiq dan

hidayahNYA. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah S.A.W sebagai contoh teladan

terbaik, para sahabat dan pejuang Islam. Syukur kepada Allah S.W.T, kesyukuran

yang tidak terhingga kerana dengan izinNya penulisan ini dapat disiapkan juga

dengan sempurna.

Di kesempatan ini, penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan yang

tidak terhingga kepada semua yang terlibat samada secara lansung atau tidak dalam

meyiapkan kajian ini termasuk yang memberi dorongan dan sokongan kepada

penulis serta memberi kekuatan dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan

jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga khas kepada Dr.Faizah Bte

Abd Ghani, selaku penyelia bagi projek ini di atas segala susah payah, tunjuk ajar,

menasihat, menyemak, menyumbang idea serta bimbingan dan dorongan yang telah

diberikan sepanjang tempoh projek ini dijalankan sehingga berjaya disiapkan juga.

Jutaan terima kasih ditujukan kepada teman-temanku terutamanya Emy, Lely

dan Rat yang banyak memberi sokongan dan pertolongan kepada kawanmu ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai, Johor kerana telah memberikan kerjasama dalam menyiapkan

Projek Sarjana Muda ini.

Dengan kerjasama semua pihak, maka projek ini dapat berjalan dengan lancar

dan dapat disiapkan dengan sempurna. Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik

kalian semua. Terima Kasih..

Page 7: JUDUL HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN … · kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan

vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan bagi mengkaji hubungan trait personaliti dengan

pemilihan kursus di kalangan pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

Elektrik di Fakulti Pendidikan UTM, Skudai. Kajian ini menggunakan rekabentuk

kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39

responden telah dipilih menggunakan persampelan purposif atau bertujuan. Alat

kajian Self-Directed Search (SDS)-From Easy (Versi terjemahan Amla, 1984) telah

digunakan bagi mendapatkan trait personaliti responden, manakala Indeks Kongruen

Iachan digunakan bagi mendapatkan darjah kekongruenan trait personaliti. Soal

selidik Norlia Melawi (2000) yang mempunyai nilai Croanbach Alpha 0.7082

digunakan untuk mendapatkan faktor pemilihan kursus di kalangan responden. Data-

data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for Social

Sciences (SPSS) V15.0.1 for Windows. Analisis data secara deskriptif yang

diperolehi menunjukkan bahawa faktor utama dalam pemilihan kursus responden

adalah faktor persekitaran. Dapatan kajian juga menunjukkan trait personaliti utama

keseluruhan responden adalah RSE. Selain itu dapatan kajian menunjukkan 46.2%

daripada jumlah keseluruhan responden mempunyai tahap padanan yang lemah

berdasarkan Indeks Kongruen Iachan. Analisis inferensi kolerasi Pearson ‘r’

digunakan bagi melihat hubungan di antara darjah kongruen trait personaliti

responden dengan faktor pemilihan kursus responden. Dapatan kajian menunjukkan

tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara darjah kongruen trait personaliti

responden dengan faktor minat, keluarga, ganjaran dan persekitaran.

Page 8: JUDUL HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN … · kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan

viii

ABSTRACT

The purpose of this research is to examined the personality trait and the

selection of course among Sarjana Muda Teknologi and Pendidikan Elektrik students

at Faculty of Education, UTM, Skudai. This correlation research was used and the

theoretical framework of this study was based on Holland’s Theory of Career

Typology (1973). A total 39 respondents were selected by using purposive sampling

method. Self-Directed Search (SDS)-From Easy (Amla translation version, 1984)

was used as the instrument to study the respondents’ personality trait while the

degree of congruence on personality trait respondents’ were measured by using

Iachan Congruence Index. Questionnaire from Norlia Melawi (2000) showed the

alpha Cronbanch 0.7082 was used to study the career decision factors in selecting

teacher as a career path. The data was analyzed by using Statistical Packages for

Social Sciences (SPSS) V15.0.1 for Windows. The descriptive analysis of data

showed that the main factors on selecting courses is environment factors. The result

also indicated that the personality trait of the respondents is RSE. Other than that,

the finding showed 46.2% from the total amouts respondent have the poor level

based on Iachan Congruence Index. Inferential analysis for Pearson ‘r’ correlation

was used to identify the relationship between degree congruence on personality trait

respondents’ with their selecting courses. Their finding showed that there was no

significant relationship between degree congruene on personality trait resondents’

with their interest, family, reward and environment factors.

Page 9: JUDUL HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN … · kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan

xiv

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS i

PENGESAHAN ii

JUDUL iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN xiv

SENARAI JADUAL xx

SENARAI RAJAH xxii

SENARAI SIMBOL xxiii

SENARAI LAMPIRAN xxiiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.7.1 Pelajar 8

1.7.2 Ibubapa 9

Page 10: JUDUL HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN … · kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan

xv

1.7.3 Institusi Pengajian Tinggi 10

1.7.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 10

1.8 Skop dan Batasan Kajian 11

1.9 Definisi Konsep dan Operasional Kajian 12

1.9.1 Trait 12

1.9.2 Personaliti 12

1.9.3 Trait personaliti 15

1.9.4 Kursus 15

1.9.5 Pelajar 15

1.11 Kesimpulan 16

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Kerangka Teori Kajian 17

2.2.1 Teori Tipologi Kerjaya Holland 18

2.3 Kajian-kajian Lepas 27

2.3.1 Kajian-kajian Dalam Negeri 27

2.3.2 Kajian-kajian Luar Negeri 34

2.4 Kesimpulan 37

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 38

3.2 Rekabentuk Kajian 38

3.3 Lokasi Kajian 39

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 40

3.5 Instrumen Kajian 40

3.5.1 Bahagian A – Butir-butir Diri Responden 41

3.5.2 Bahagian B – Faktor Pemilihan Kursus 43

3.5.3 Bahagian C – Self-Directed Search (SDS)

Form Easy (Versi Terjemahan Amla,1984) 44

3.5.3.1 Skor Manual Self Directed Search

(SDS) – Form Easy (Versi

Terjemahan Amla) 46

Page 11: JUDUL HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN … · kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan

xvi

3.5.3.2 Kebolehpercayaab dan Kesahan

SDS – Form Easy (Versi

Terjemahan Amla) 48

3.5.3.3 Indeks Kongruen Iachan 50

3.6 Prosedur Pengumpulan Data 52

3.7 Penganalisisan Data 53

3.7.1 Statistik Deskriptif 53

3.7.2 Statistik Inferensi 54

3.8 Jangkamasa Kajian 56

3.9 Kesimpulan 57

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 58

4.2 Analisis Deskriptif Maklumat Peribadi Responden

(Bahagian A) 58

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 59

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur 59

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Tahun

Pengkhususan 60

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Tahap

Kelulusan 61

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Cita-cita

Sebenar Bekerja di sektor 61

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Butir-butir

Persekolahan Ibubapa 62

4.2.7 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan

Bapa di sektor 63

4.2.8 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan

Ibu di sektor 63

4.2.9 Taburan Responden Mengikut Tahap

Pendapatan Ibubapa 63

Page 12: JUDUL HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN … · kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan

xvii

4.3 Analisis Deskriptif Faktor Pemilihan Kursus

(Bahagian B) 64

4.3.1 Faktor Minat 65

4.3.2 Faktor Keluarga 66

4.3.3 Faktor Ganjaran 68

4.3.4 Faktor Persekitaran 70

4.3.5 Min Bagi Faktor-faktor Pemilihan Kursus 71

4.4 Analisis Deskriptif Trait Personaliti

(Bahagian C) 72

4.4.1 Trait Personaliti Responden 72

4.4.2 Kod Tiga Huruf Pengkaji Berbanding

Kod Tiga Huruf Holland 73

4.5 Analisis Tahap Padanan Darjah Kongruen

Trait Personaliti Responden 74

4.5.1 Taburan Analisis Tahap Padanan Darjah

Konguen Personaliti Responden dengan

Bidang Kursus Yang Diikuti 74

4.5.2 Klasifikasi Bagi Hasil Taburan Analisis

Tahap Padan Darjah Kongruen Trait

Personaliti Responden Dengan Bidang

Kursus Yang Diikuti 75

4.6 Analisis Inferensi 77

4.6.1 Hubungan Antara Darjah Kongruen Trait

Personaliti Responden Dengan Faktor

Minat dalam Pemilihan Kursus Responden 77

4.6.2 Hubungan Antara Darjah Kongruen Trait

Personaliti Responden Dengan Faktor

Keluarga dalam Pemilihan Kursus

Responden 78

4.6.3 Hubungan Antara Darjah Kongruen Trait

Personaliti Responden Dengan Faktor

Ganjaran dalam Pemilihan Kursus

Responden 79

Page 13: JUDUL HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN … · kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan

xviii

4.6.4 Hubungan Antara Darjah Kongruen Trait

Personaliti Responden Dengan Faktor

Persekitaran dalam Pemilihan Kursus

Responden 80

4.7 Kesimpulan 81

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan 82

5.2 Perbincangan 82

5.2.1 Hasil Dapatan Taburan Responden 83

5.2.2 Hasil Dapatan Faktor Pemilihan Kursus

di kalangan Responden 85

5.2.3 Hasil Dapatan Trait Personaliti Utama

Responden dan Perbandingan Kod Tiga

Huruf Pengkaji Berbanding Kod Tiga

Huruf Holland 89

5.2.4 Hasil Analisis Taburan Tahap Padanan

Darjah Kongruen Trait Personaliti

Responden Dengan Bidang Kursus

Yang Diikuti 91

5.2.5 Keputusan Dan Analisis Ujian Kolerasi

Pearson 92

5.3 Rumusan Dan Implikasi Kajian 93

5.4 Cadangan Tindakan Kajian 96

5.5 Cadangan-cadangan Kajian Lanjutan 98

5.6 Kesimpulan 99

BIBLOGRAFI 101

LAMPIRAN 110

Page 14: JUDUL HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN … · kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan

xix

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK MUKA SURAT

2.1 Cara Kehidupan Sendiri dan Personaliti Profesion 20

2.2 Tahap Ketekalan dan Bentuk Personaliti 24

3.1 Skor bagi faktor demografi 42

3.2 Pemeringkatan skala empat mata 43

3.3 Taburan soalan bagi setiap faktor mendorong pemilihan kursus 44

3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self-Directed Search- Form

Easy (versi terjemahan Amla) 46

3.5 Contoh penggunaan skor kasar dan sub skala SDS-E 47

3.6 Pengujian kebolehpercayaan SDS-Form E

(Versi terjemahan Amla) 50

3.7 Tahap Indeks Kongruen Berdasarkan Indeks Iachan 51

3.8 Skala pemeringkatan yang telah diubah untuk item 25 54

3.9 Klasifikasi kekuatan kolerasi (Rowntree, 1981) 55

3.10 Kaedah penentuan pemilihan statistik bagi proses

penganalisisan data 55

4.1 Analisis taburan responden mengikut jantina 59

4.2 Analisis taburan responden mengikut umur 59

4.3 Analisis taburan responden mengikut tahun pengajian 60

4.4 Analisis taburan responden mengikut tahap kelulusan 61

4.5 Analisis taburan responden mengikut cita-cita sebenar

bekerja di sektor 61

4.6 Analisis taburan responden mengikut butir-butir persekolahan

ibubapa 62

4.7 Analisis taburan responden mengikut pekerjaan bapa di sektor 63

4.8 Analisis taburan responden mengikut pekerjaan ibu di sektor 63

Page 15: JUDUL HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN … · kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan

xx

4.9 Analisis taburan responden mengikut pendapatan ibubapa 64

4.10 Analisis data bagi faktor minat 65

4.11 Analisis data bagi faktor keluarga 67

4.12 Analisis data bagi faktor ganjaran 69

4.13 Analisis data bagi faktor persekitaran 70

4.14 Analisis min bagi setiap faktor 72

4.15 Analisis trait personaliti responden 73

4.16 Analisis Kod Tiga Huruf Pengkaji Berbanding

Kod Tiga Huruf Holland 73

4.17 Analisis tahap padanan trait personaliti responden dengan

darjah kongruen bidang kursus yang diikuti oleh responden 74

4.18 Klasifikasi bagi hasil taburan analisis padanan darjah kongruen

trait personaliti responden dengan bidang kursus yang diikuti 76

4.19 Analisis hubungan antara darjah kongruen trait personaliti

dengan faktor minat dalam pemilihan kursus responden 77

4.20 Analisis hubungan antara darjah kongruen trait personaliti

dengan faktor keluarga dalam pemilihan kursus responden 78

4.21 Analisis hubungan antara darjah kongruen trait personaliti

dengan faktor ganjaran dalam pemilihan kursus responden 79

4.22 Analisis hubungan antara darjah kongruen trait personaliti

dengan faktor persekitaran dalam pemilihan kursus responden 80

Page 16: JUDUL HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN … · kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan

xxi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH MUKA SURAT

2.1 Model Heksagonal Holland (Model Jenis Personaliti

dan Persekitaran Profesion Holland) 23

2.2 Perbezaan personaliti dengan persekitaran 25

4.1 Peratusan Bagi Taburan Tahap Padanan Darjah Kongruen

Trait Personaliti Responden dengan Bidang Kursus

Pendidikan Elektrik 76

Page 17: JUDUL HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN … · kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan

xxii

SENARAI SIMBOL

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

SPE - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Elektrik

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

FP - Fakulti Pendidikan

IPT - Institusi Pengajian Tinggi

Ho - Hipotesis

R - Realistik

I - Investigatif

A - Artistik

S - Sosial

E - Enterprising

C - Conventional

SDS-E - Self-Directed Search-Form Easy

SPSS-PC+ - Statistical Package for Social Sciences

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

r - Pekali kolerasi

p - Nilai signifikan bagi Ujian Kolerasi

N - Bilangan

% - Peratus

S.D - Sisihan Piawai

F - Kekerapan

Page 18: JUDUL HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN … · kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan

xxiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK A Senarai Nama Pelajar SPE

B Contoh Borang Soal Selidik

C Surat Pengesahan Pelajar Menjalani Projek Sarjana

Muda

Page 19: JUDUL HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN … · kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Profesion merupakan satu aktiviti penting dalam kehidupan seseorang.

Profesion juga mempengaruhi konsep kendiri seseorang, perasan nilai dalam diri dan

identiti peribadi (Azizi et. al., 2005). Profesion merupakan sesuatu aktiviti yang

menjadi impian setiap pelajar setelah menamatkan pengajian. Menurut Hushim

Salleh (2007), hampir setiap individu mempunyai profesion idaman mereka yang

tersendiri. Malah sejak kanak-kanak lagi, mereka sudah pandai menyebut seperti

hendak jadi cikgu, doktor, polis, peguam, penyanyi atau pelakon. Namun tidak

kurang juga, yang sering bertukar cita-cita kerana dipengaruhi oleh persekitaran.

Kaunselor dan juga pensyarah dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Hushim

Salleh (2007) berkata, kombinasi minat, kebolehan dan pengaruh suasana semasa

adalah faktor utama dalam pemilihan sesuatu kerja. “Contohnya, orang yang bercita-

cita tinggi untuk menjadi guru haruslah mempunyai minat yang mendalam terhadap

kanak-kanak. Jika tidak, dia tentu akan menganiaya muridnya sendiri,” katanya

kepada Utusan. Kebiasaannya profesion yang diceburi bergantung kepada jenis

pendidikan, jenis latihan dan tahap pencapaian yang diperolehi semasa sekolah. Apa

yang menyedihkan masih terdapat lagi masalah pelajar yang tidak dapat menentukan

minat mereka terhadap sesuatu profesion.

Pemilihan personaliti yang baik akan membantu seseorang bersedia untuk

memasuki alam profesion dengan penuh keyakinan. Ia akan membantu seseorang

Page 20: JUDUL HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN … · kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan

2

memperoleh profesion yang sesuai dengan diri dan kelayakan akademiknya. Ia juga

akan membantu dalam menghadapi cabaran dan halangan apabila menceburi alam

profesion sama ada kerja untuk orang lain ataupun kerja sendiri. Seterusnya ia akan

membantu seseorang itu berjaya dalam kerja seharian yang diceburi dan menjadi

individu yang berjaya.

Pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti akan mempengaruhi

gaya kehidupannya di mana dalam kehidupan harian, ciri-ciri personaliti yang

dimiliki oleh seseorang pelajar akan menentukan cara penyelesaian masalah

hidupnya. Masalah-masalah ini termasuklah masalah dengan pemilihan kursus yang

bersesuaian dengan personaliti pelajar. Oleh sebab itu, mengetahui ciri-ciri

personaliti sendiri adalah penting bagi setiap pelajar supaya dapat membantunya

memahami diri sendiri. Hal ini berlaku kerana semakin hampir keselarasan antara

ciri-ciri personaliti dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu profesion, maka

semakin besar seseorang itu untuk berjaya dalam bidang berkenaan. Ini disokong

oleh Holland (1973), yang menyatakan bahawa keselarasan antara personaliti-

persekitaran itu amat penting untuk mencapai tahap kepuasan, motivasi dan

pencapaian akademik yang baik. Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan

stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah kongruens antara

jenis personaliti dengan persekitaran kerja. Holland (1985), yang memperkenalkan

teori Tipologi Holland berpendapat bahawa pemilihan kerjaya mestilah selaras

dengan ciri-ciri individu.

Pemilihan kerjaya yang selaras akan dapat mengurang dan mengelak daripada

berlakunya pertukaran kerja. Implikasi daripada kenyataan ini ialah perlunya

mendapatkan individu yang betul untuk pekerjaan yang betul supaya guna tenaga

dapat dipertingkatkan ke tahap yang semaksima mungkin. Holland (1985), juga

menegaskan bahawa apabila wujud keselarasan antara jenis personaliti dengan jenis

persekitaran, maka individu dikatakan berada dalam kerjaya yang selaras atau sesuai.

Keselarasan ini seterusnya akan dipamerkan melalui kesungguhan dan keterampilan

individu dalam kerjayanya.

Page 21: JUDUL HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN … · kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan

3

Persekitaran belajar yang bersesuaian dengan jenis personaliti dan minat

seseorang individu akan menjamin kepuasan dan kejayaan kepada individu

berkenaan di sepanjang pengajiannya. Ini bertepatan dengan teori Model Tipologi

Heksagon Kerjaya Holland (1973) yang menekankan tentang keserasian personaliti-

persekitaran untuk mencapai kepuasan yang tinggi. Menurut Holland (1973), jika

individu dengan personaliti jenis sosial diletakkan dalam persekitaran jenis sosial,

individu berkenaan akan dapat menunjukkan kecekapan dan minat yang tinggi dan

seterusnya mencapai kepuasan dalam persekitaran tersebut.

Menurut kenyataan daripada Malaysian University Selection Inventory

(MUnsI), isu ketidakselarasan personaliti dan minat dengan bidang pengajian diikuti

mungkin tidak dapat diselesaikan walaupun pelajar berjaya memperoleh ijazah.

Ketidakselarasan ini akan membawa masalah dalam pekerjaan seperti prestasi yang

kurang memuaskan, produktiviti yang rendah, dan berpotensi besar untuk bertukar

kerjaya yang diceburi. Secara tidak langsung, ia akan mengakibatkan universiti

dipersalahkan kerana tidak dapat melatih graduan dengan baik.

(https://pohon.usm.my/ujian_aptitud.asp)

Ketidakselarasan antara personaliti, minat dan pekerjaan memberi kesan

kepada kerjaya dan seterusnya kesejahteraan individu. Tekanan yang wujud akibat

ketidakselarasan ini boleh dimanifestasikan melalui pengambilan cuti sakit yang

berlebihan, ponteng kerja, kurang komitmen, dan sebagainya (Carmeli & Gefan,

2004) dalam (MUnsyI). Perkara ini juga boleh melangkau keluar alam pekerjaan

dan memberi impak kepada kehidupan keluarga dan kesihatan mental pelbagai

individu yang terbabit.

Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa masalah yang sering berlaku

kepada para pelajar dalam menentukan profesion mereka. Ini kerana terdapat

pelajar-pelajar yang masih keliru untuk menentukan profesion mereka sendiri.

Perkara ini berlaku disebabkan oleh kebanyakan mereka tidak dapat memastikan ke

manakah kecenderungan minat yang mereka ada, yang menyebabkan mereka keliru

dan tiada hala tuju. Mereka sering kali berhadapan dengan konflik antara kehendak

Page 22: JUDUL HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN … · kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan

4

ibu bapa, kehendak mereka sendiri dan pengaruh rakan sebaya dalam memilih

jurusan yang boleh menjejaskan pemilihan profesion.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kerjaya guru merupakan salah satu bidang profesion. Menurut Sufean Husin

(1993), kerjaya guru bukanlah satu profesion yang mudah seperti yang disangkakan

oleh orang ramai selama ini. Menurut Berita Portal Pendidikan Utusan Malaysia

(2004), menjadi guru bukanlah semudah yang difikirkan, bukan kerana untuk

mendapat cuti yang panjang, gaji yang lumayan atau sebagai pilihan terakhir dalam

menentukan karier, tetapi bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak di mana

bukan sekadar bangga dengan berlumba-lumba melahirkan pelajar yang mendapat

keputusan ‘10 A’, tetapi berlumba-lumba untuk melahirkan pelajar ‘A’, dari aspek

intelek, rohani dan jasmani.”

Profesion keguruan merupakan bidang yang penuh dengan pelbagai cabaran.

Hal ini dapat dilihat dengan peranan dan tanggungjawab guru yang semakin

mencabar. Menurut Atan Long (1988), terdapat tiga rintangan utama yang sentiasa

mencabar profesion keguruan iaitu rintangan yang wujud di sekolah atau sistem

persekolahan yang tidak sempurna, rintangan daripada faktor masyarakat, rintangan

yang wujud akibat sikap dan perwatakan guru yang negatif. Hal ini dikukuhkan

dengan pandangan Goth dan Roth (1993) yang menyatakan status profesion

keguruan masa kini menghadapi tiga keadaan negatif iaitu tekanan, moral guru yang

rendah dan perletakan jawatan.

Fenomena kerjaya guru yang semakin mencabar sering di perkatakan kini.

Menurut Siva (1995), guru sering dibebani dengan kerja-kerja sampingan selain

daripada melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Kerja-kerja guru merangkumi

pelbagai tujuan dari segi pengajar, pengkeranian, permainan, perancangan dan

kebajikan. Bebanan ini boleh memberi implikasi yang negatif disebabkan pemilihan

kerjaya guru bukan disebabkan faktor minat. Hal ini dibuktikan dengan kajian oleh

Page 23: JUDUL HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN … · kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan

5

Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia yang

menunjukkan guru-guru mengeluh terhadap kerja-kerja persediaan guru seperti

menyediakan perancangan tahunan, penggal, mingguan dan harian (Muhammad,

1995).

Persoalan tekanan di kalangan guru bukan lagi setakat bahan kajian ilmiah,

malah ia menjadi isu dalam media masa. Hal ini dibuktikan dengan Laporan

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NTUP) yang menunjukkan tahap

stres di kalangan guru semakin menjadi-jadi dan membimbangkan ekoran daripada

tugas yang meningkat. Laporan ini bertekalan dengan kajian NTUP (2005) yang

menunjukkan seramai 69% warga pendidik bekerja dalam keadaan stres. Dalam

konteks negeri Sarawak pula, Menteri Pembangunan Industri, Datuk Abang Johari

Abang Haji Openg selaku menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal

pendidikan telah menjelaskan sebab-sebab mengapa 75 orang guru di Sarawak telah

meninggalkan profesion perguruan (semenjak 1993 hingga Mei 1996). Antara

alasannya ialah masalah peribadi, tawaran yang lebih baik, tidak mahu berjauhan

dengan keluarga, persekitaran kerja yang tidak sesuai dan beban tugas yang berat

(Borneo Post, 1996).

Isu-isu guru menampar, menumbuk dan menendang murid adalah merupakan

antara tindakan yang dilakukan oleh guru akibat daripada tekanan (Straits Times,

April 1994, Strait Times, Jan 1995). Hal ini dikukuhkan lagi dengan pandangan

Razali Othman (2008) yang menunjukkan 209 responden guru merasakan profesion

perguruan merupakan profesion yang menjadikan mereka tertekan.

Menurut Carmeli dan Gefan (2004), pengambilan cuti yang panjang, ponteng

kerja, kurang komitmen dan dan kesihatan mental yang terjejas akan timbul apabila

seorang guru itu mengalami tekanan yang boleh memberi implikasi kepada mutu

profesion keguruan. Sehubungan dengan itu, hal ini boleh menjejaskan mutu

perkhidmatan pendidikan dalam mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi bangsa

yang maju dengan memiliki minda kelas pertama ke arah melahirkan guru yang

cemerlang.

Page 24: JUDUL HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN … · kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan

6

1.3 Pernyataan Masalah

Jaminan terhadap kualiti perkhidmatan dalam profesion pendidikan pada

abad ke-21 merupakan satu cabaran. Keadaan ini berlaku disebabkan tuntutan

peningkatan kualiti pendidikan (Wan Mohd Zahid, 1995). Arus pembangunan masa

kini mendesak peningkatan kualiti dalam semua bidang perkhidmatan sosial. Pada

abad ke-21 ini, menjadi guru sememangnya bukan satu perkara yang mudah.

Peranan guru kini bukannya kepada menyampaikan ilmu semata-mata, malah

melampaui istilah guru sendiri. Selain melayan pelbagai kerenah pelajarnya, guru

juga perlu melaksanakan pelbagai tanggungjawab mengenai perkara yang

berhubungkait dengan pelajar seperti menyelesaikan masalah disiplin, program

kaunseling, menjalankan aktiviti ko-kurikulum dan mengadakan kelas bimbingan

(Tee, 2003).

Sehubungan dengan itu, kajian-kajian mengenai personaliti untuk pemilihan

profesionalisme perguruan perlu dilakukan bagi mengenalpasti keserasian dengan

kerjaya guru dan minat. Hal ini berlaku kerana ketidakselarasan antara jenis

personaliti dan persekitaran akan menimbulkan perasaan jemu dan kecewa yang

akhirnya boleh menjejaskan prestasi kerjaya (Atan, 1982). Hal ini dikukuhkan

dengan pandangan Bretz dan Judge (1994), yang menyatakan keselarasan personaliti

dan persekitaran akan mempengaruhi kejayaan sesuatu kerjaya.

Maka dengan itu, pengkaji memfokuskan mengenai hubungan trait personaliti

pelajar dengan pemilihan kursus kerana kajian ke atas ciri-ciri personaliti memanglah

penting, khasnya di dalam memotivasikan diri pelajar untuk memahami personaliti

diri ke arah profesion yang menjadi pilihan. Persoalannya di sini, apakah ciri-ciri

personaliti yang ada pada pelajar-pelajar? Wujudkah perbezaan personaliti antara

mereka? Personaliti masing-masing individu sama ada sesuai untuk menjadi

seseorang guru adalah penting untuk menjamin kualiti pendidikan dan juga kualiti

pelajar yang akan dilahirkan nanti. Tetapi, adakah pelajar-pelajar yang bakal

menjadi guru khususnya guru Elektrik yang sangat diperlukan oleh dunia pendidikan

ini benar-benar memiliki personaliti yang sesuai dengan persekitaran guru Elektrik?

Page 25: JUDUL HUBUNGAN TRAIT PERSONALITI DENGAN PEMILIHAN … · kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan

7

Adakah mereka benar-benar bersedia menjadi seorang guru yang berkelayakan dan

profesional?

Oleh sebab guru memainkan peranan penting dalam pembentukan modal

insan, maka kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti trait personaliti dan faktor-

faktor pemilihan kursus oleh bakal-bakal guru keluaran Universiti Teknologi

Malaysia.

1.4 Objektif Kajian

Terdapat beberapa objektif untuk dicapai menerusi kajian ini. Trait-trait

personaliti ke arah pendekatan profesional keguruaan merupakan elemen yang ingin

di kaji. Oleh itu objektif dalam menjalankan kajian ini ialah:

i. Mengenalpasti faktor pemilihan kursus di kalangan pelajar SPE.

ii. Mengenalpasti trait personaliti utama yang dimiliki oleh pelajar SPE.

iii. Mengenalpasti tahap keselarasan atau kekongruenan trait personaliti dengan

bidang kursus yang diikuti di kalangan pelajar SPE.

iv. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara darjah kongruen trait

personaliti dengan faktor pemilihan kursus yang diikuti oleh pelajar SPE.

1.5 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini, persoalan-persoalan kajian adalah seperti berikut:

i. Apakah faktor pemilihan kursus di kalangan pelajar SPE?

ii. Apakah trait personaliti utama yang dimiliki oleh pelajar SPE?

iii. Apakah tahap keselarasan atau kekongruenan trait personaliti dengan bidang

kursus yang diikuti di kalangan pelajar SPE.

iv. Adakah terdapat hubungan antara darjah kongruen trait personaliti dengan

faktor pemilihan kursus yang diikuti oleh pelajar SPE.