GB6323-Analisis Data Web viewNOTA: Type I error (Ralat Jenis I) ... α = 0.05 lazim digunakan...

6
Ujian-T (T-Test) GB6323-Analisis Data 1 ANALISIS INFERENSI- UJIAN-T (T-Test) Dependent Variable (DV) Data diskret (nominal/ ordinal) Independent Variable (IV) Data continuous (Interval/ ratio) Jenis Ujian Perbezaan Min 1 DV (2 kategori/ kumpulan; cth. Lelaki/Perempuan , Bandar/ Luar Bandar) 1 IV (cth. Pencapaian, self-esteem) Ujian-t 1 DV (3 kategori/kumpula n: cth.Aliran Sains tulen/sains social/sains kesihatan) 1 IV One-way ANOVA 2 DV 1 IV 2-way ANOVA 1 DV 2 atau Lebih IV One-way MANOVA 2 atau Lebih DV 2 atau Lebih IV MANOVA Jenis-jenis Data 1. Nominal Aras paling rendah Bertujuan untuk pengkelasan, pengenalan Jantina, nombor KP, jenis sekolah, kod buku 2. Sela Nombor menunjukkan kuantiti Jarak sekata antara nombor. Suhu, markah ujian, IQ Nilai sifar arbitrari 3. Ordinal Pengkelasan mengikut pemeringkatan Nombor menunjukkan kuantiti; jarak tidak sekata Kedudukan dalam kelas, penarafan, kemahiran bertutur, ranking 4. Nisbah Nombor menunjukkan kuantiti Jarak sekata antara nombor. Berat, tinggi, pendapatan Nilai sifar menunjukkan tiada Menguji/melaporkan perbezaan min Muhammad Amirul Abdullah

Transcript of GB6323-Analisis Data Web viewNOTA: Type I error (Ralat Jenis I) ... α = 0.05 lazim digunakan...

Page 1: GB6323-Analisis Data  Web viewNOTA: Type I error (Ralat Jenis I) ... α = 0.05 lazim digunakan dalam kajian sains sosial. Ini bermakna RISIKO untuk silap melakukan Type 1 Error

Ujian-T (T-Test)GB6323-Analisis Data

1

ANALISIS INFERENSI- UJIAN-T (T-Test)

Dependent Variable (DV)

Data diskret (nominal/ ordinal)

Independent Variable (IV)

Data continuous (Interval/ ratio)

Jenis Ujian

Perbezaan Min 1 DV(2 kategori/ kumpulan; cth. Lelaki/Perempuan, Bandar/ Luar Bandar)

1 IV(cth. Pencapaian, self-

esteem)Ujian-t

1 DV(3 kategori/kumpulan:

cth.Aliran Sains tulen/sains social/sains

kesihatan)

1 IV One-way ANOVA

2 DV 1 IV 2-way ANOVA

1 DV 2 atau Lebih IV One-way MANOVA

2 atau Lebih DV 2 atau Lebih IV MANOVAJenis-jenis Data

1. Nominal Aras paling rendah Bertujuan untuk pengkelasan, pengenalan Jantina, nombor KP, jenis sekolah, kod

buku

2. Sela Nombor menunjukkan kuantiti Jarak sekata antara nombor. Suhu, markah ujian, IQ Nilai sifar arbitrari

3. Ordinal Pengkelasan mengikut pemeringkatan Nombor menunjukkan kuantiti; jarak tidak

sekata Kedudukan dalam kelas, penarafan,

kemahiran bertutur, ranking

4. Nisbah Nombor menunjukkan kuantiti Jarak sekata antara nombor. Berat, tinggi, pendapatan Nilai sifar menunjukkan tiada

Menguji/melaporkan perbezaan min Ujian-t terbahagi kepada 2 iaitu: i) Ujian-t sampel tak bersandar, dan ii) Ujian-t sampel

bersandar Contoh 1: Perbandingan skor min Pencapaian (IV) pelajar lelaki dan perempuan (Catatan:

sampel tak bersandar kerana lelaki dan perempuan adalah berbeza). Contoh 2: Perbandingan skor min pencapaian pelajar sebelum rawatan/intervensi (pre-test) dan

selepas rawatan/intervensi (post-test) (Catatan: contoh ini adalah sampel bersandar kerana individu yang sama diuji/member skor secara pre-post test).

Bagi ujian-t sampel tak bersandar, Ujian-F(Levene Test) dijalankan bagi menguji kehomogenan varians

Muhammad Amirul Abdullah

Page 2: GB6323-Analisis Data  Web viewNOTA: Type I error (Ralat Jenis I) ... α = 0.05 lazim digunakan dalam kajian sains sosial. Ini bermakna RISIKO untuk silap melakukan Type 1 Error

Ujian-T (T-Test)GB6323-Analisis Data

2

F = S2 Besar / S2

Kesil ; jika didapati nilai F (Ujian Levene Test) tidak signifikan (p>0.05), maka Hipotesis Nul diterima, data tersebut dikatakan homogen. Dan, varians adalah Homogen. Ujian-t bagi varians yang disatukan (pooled).Bagi Varians Heterogenus, ujian-t varians berasingan digunakan(Separate). (Catatan: Dalam Kaedah Penyelidikan 2, perkara ini telah disentuh dgn pjg lebar. Sila rujuk nota2 berkaitan untuk mengimbas kembali pengetahuan lepas.)

Dalam satu lengkungan normal, terdapat ±3 s.d (standard deviation).

Merujuk kepada ujian-t, pengiraan min adalah mengambil kira varians dan saiz sampel.

Muhammad Amirul Abdullah

Page 3: GB6323-Analisis Data  Web viewNOTA: Type I error (Ralat Jenis I) ... α = 0.05 lazim digunakan dalam kajian sains sosial. Ini bermakna RISIKO untuk silap melakukan Type 1 Error

Ujian-T (T-Test)GB6323-Analisis Data

3

Semakin besar nilai t, peluang menolak hipotesis semakin besar. Terdapat 3 faktor mempengaruhi nilai-t (untuk menyatakan perbezaan/Menolak Ho):

i. Perbezaan min yang besarii. Saiz sampel (n); sampel yang besar, maka nilai t adalah besar (peluang menolak

hipotesis turut besar). n yang besar juga turut memungkinkan penyelidik melakukan type 1 error (menolak hipotesis yang benar).

iii. Varians; varians yang besar, t akan menjadi kecil (kemungkinan menolak hipotesis adalah sangat rendah). Dan, bagi varians yang kecil pula, t akan menjadi besar (kemungkinan menolak Ho adalah tinggi).

NOTA: Type I error (Ralat Jenis I): Berlaku apabila seorang penyelidik menyatakan bahawa hubungan/perbezaan wujud, meskipun ia tidak wujud; Ia bermaksud tidak betul menolak sesuatu hipotesis nul meskipun hipotesis tersebut betul.Type II error (Ralat jenis II): Berlaku apabila seorang penyeldik menyatakan bahawa hubungan/perbezaan tidak wujud, meskipun sebenarnya ia wujud!; Ia bermaksud menerima hipotesis nul meskipun hipotesis tersebut salah .

Andaian ujian-t;ü Data (IV) mestilah continuous bersifat intervalü Taburan data adalah normalü Cerapan yang dilakukan adalah bebas ü Kehomogenan varians

CONTOH: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan kualiti peribadi pengetua kanan mengikut jantina?

- untuk mengukur kualiti peribadi tersebut, pastikan data bagi soalan kajian tersebut telah d compute [ (b01+b02+…bn)/n ].

- Dalam aplikasi SPSS tersebut, klik/ikut langkah berikut:

Analyze>Compare Means>Independent-Samples T Test

Pilih ‘minkualitiperibadi’ utk dimasukan ke dalam ‘Test Variable(s)’; dan ‘Jantina Pengetua’ diletakkan dalam ‘Grouping Variable’.

- Pada output SPSS, perhatikan jadual seperti di bawah,

Muhammad Amirul Abdullah

Page 4: GB6323-Analisis Data  Web viewNOTA: Type I error (Ralat Jenis I) ... α = 0.05 lazim digunakan dalam kajian sains sosial. Ini bermakna RISIKO untuk silap melakukan Type 1 Error

Ujian-T (T-Test)GB6323-Analisis Data

4

Catatan:- Std.Error Mean yg besar = ralat besar- Perhatikan keputusan Levene’s Test

α = 0.05 lazim digunakan dalam kajian sains sosial. Ini bermakna RISIKO untuk silap melakukan Type 1 Error (menolak Ho yang benar) adalah 5%.

Jadual di atas (Levene’s test) menunjukkan, p=0.66; >0.05, maka Ho diterima (tidak signifikan). Ini membuktikan bahawa data adalah homogenus.

Oleh yang demikian, baca nilai t bagi ‘Equal variances assumed’ (pooled).

[Kaedah mudah utk ingat baca nilai t yang mana satu!...nilai p>0.05(p besar), baca nilai ATAS. Nilai p<0.05 (p kecil), baca BAWAH…]

F=ujian varians 2 kumpulanT=perbandingan mean 2 kumpulan

***Keputusan ujian-t di atas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kualiti peribadi antara pengetua lelaki dan perempuan.

Daripada output spss, terjemahkan dalam bentuk jadual untuk dilaporkan dalam laporan kajian. Contohnya seperti berikut:

Persoalan Kajian: Adakah terdapat perbezaan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan perempuan?

Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan perempuan.

Jadual 1. Tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang mengikut jantinaJantina Bil. Min Sisihan Piawai Nilai-t Tahap

SignifikanLelaki 549 4.264 0.581 0.801 0.423Perempuan 662 4.290 0.554

Muhammad Amirul Abdullah

Page 5: GB6323-Analisis Data  Web viewNOTA: Type I error (Ralat Jenis I) ... α = 0.05 lazim digunakan dalam kajian sains sosial. Ini bermakna RISIKO untuk silap melakukan Type 1 Error

Ujian-T (T-Test)GB6323-Analisis Data

5

Laporan 1:Berdasarkan Jadual 1 didapati nilai-t bagi perbandingan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang bagi pengetua lelaki dan pengetua perempuan ialah t=0.801 dan tahap signifikan p=0.423. Tahap signifikan ini lebih besar daripada 0.05(p>0.05). Oleh itu, hipotesis nul (H o1) diterima. Jadi, tidak terdapat perbezaan yang signifikan kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan pengetua perempuan.

Skor min tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang lelaki (min=4.264) adalah lebih kecil daripada pengetua perempuan (min=4.290). Ini bermakna tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang lelaki dan perempuan adalah sama.

Laporan 2:Berdasarkan Jadual 1 didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang (t=0.801; p>0.05). Tahap kualiti peribadi pengetua lelaki (min=4.264) adalah sama dengan tahap kualiti peribadi pengetua perempuan (min=4.290).

Menurut Dr.Jamil, cara pelaporan yang pertama adalah mengulang semula apa yang ada pada jadual dan hanya untuk menebalkan tesis. Manakala, Laporan 2 adalah padat dan ringkas. Cara yang kedua adalah dicadangkan untuk penulisan laporan kajian. Yang pasti, kedua-dua contoh laporan di atas boleh diaplikasikan dalam penulisan laporan kajian.

Alhamdulillah…begitulah serba sedikit ilmu yang dapat dipelajari dalam kelas Analisis Data pada minggu yang ke-7 (28 Okt 2011) hasil bimbingan Dr. Jamil Ahmad.

Muhammad Amirul Abdullah